t>

Breaking News

"Disebabkankan Produk-Produk Ini, Bayi Puan Mengalami Masalah Buah Pinggang" - Doktor.


Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran. 

Gambar - The Reporter
Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja. 

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa,  ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada. 

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama. 

"Puan ada ambil pil atau jamu?" soal doktor pakar. 

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu. 

"Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor," jelas doktor pakar. 

Si ibu terkejut. 

"Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume," katanya. 

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya. 

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk. 

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita? 

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang. 

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada seller sebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit,  bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri.