t>

Breaking News

Gunakan Arang Untuk Hilangkan Bau Najis Kucing.

Oleh : Norliza Hani

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi, sebagai pemilik kucing, mereka harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing mereka. 


Bila kucing dibela dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan. Selain makanan, terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual pengambilan ubat-ubatan, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing utk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. 

Pemilik kucing harus bertanggungjawab dengan segala tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. 

Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu kebersihan dan ketenteraman pemilik dan jiran tetangga. 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud: 

Demi Allah, tidak beriman! 
Demi Allah, tidak beriman! 
Demi Allah, tidak beriman! 

Apabila ditanya siapakah yg Baginda SAW maksudkan. Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkn perangai jahatnya. – HR Al-Bukhari & HR Muslim 

Jadi bagaimanakah cara-caranya untuk mengurangkan bau najis kucing bagi mereka yang menggunakan cat litter di dalam kediaman mereka? Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah cat litter kita. 

Arang merupakan karbon aktif iaitu sejenis serbuk hitam yang boleh menyerap bau busuk atau kadangkala digunakan di dalam penapis air di rumah kita. 

Satu gram karbon aktif ini mempunyai keluasan permukaan tidak kurang dari 500 meter persegi iaitu berkali-kali ganda luas bilik darjah. Ia mengandungi lebih 85% jisim karbon aktif yang terdiri daripada unsur karbon. 

Manakala, bagi menyediakan first aid kit untuk kucing kesayangan kita, bolehlah disimpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. 

Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkn sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing. 

Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkn minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.