Kanak-Kanak Lima Tahun Mati Didera Bapa Tiri.

KANAK-KANAK lelaki mati dipercayai akibat didera bapa tirinya dalam kejadian di Felda Tenang, Hulu Besut, dekat Jertih, awal pagi ini lapor Harian Metro. 

Mangsa, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, 5, mengalami kesan lebam lama dan baru di bahagian badan, sebelum itu dibawa suspek ke Unit Kecemasan Hospital Besut, pada jam 3.30 pagi, namun hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia, memetik laporan portal itu.

Gambar - Harian Metro
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, bapa tiri mangsa mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh ketika menaiki motosikal bersamanya. "Pihak Hospital Besut bagaimanapun meragui dakwaan lelaki itu dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih pada jam 5.30 pagi tadi

"Suspek kemudian turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Akar, selepas mengetahui mangsa sudah meninggal dunia," katanya hari ini. Mohd Zamri berkata, ketika membawa mangsa ke hospital, bapa tiri kanak-kanak itu didapati dalam keadaan cemas dan mencurigakan. 

Menurutnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, untuk bedah siasat oleh Pakar Forensik Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur, esok. 

Katanya, selepas siasatan awal dilakukan dan berdasarkan kecederaan ibu mangsa, polis menahan lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh itu. 

"Siasatan juga mendapati suspek sebelum ini mempunyai rekod jenayah iaitu kes dadah dan pernah ditangkap mengikut Seksyen 3 (1) Akta Kanak-Kanak. "Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Share this :

Previous
Next Post »