t>

Breaking News

Netizens Tak Percaya Alasan Boy Iman, Kali Ini Mereka Tunjukkan Bukti..

Jika sebelum ini Boy Iman pernah dikecam bertubi-tubi kerana menerima ijazah kehormat dalam majlis yang dipenuhi belon-belon dan kononnya memiliki gelaran Datuk (palsu) dari luar negara, kali ini pelakon tersebut sekali lagi dihimpit dengan kontroversi terbaru.

Beberapa gambar Boy Iman menerima gelaran Datuk dari Istana Pahang menjadi kecoh berikutan beliau bergambar hanya di luar pagar Istana Pahang. Gambar yang dikongsikan oleh beliau di laman Instagramnya itu mendapat kritikan netizens kerana rata-ratanya beranggapan pelakon tersebut melakukan penipuan.

Boy Iman dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Harian Metro menjawab kepada netizens bahawanya beliau juga telah menangkap beberapa gambar di dalam kawasan Istana Pahang namun ianya telah dirakamkan oleh wartawan yang disediakan oleh pihak istana. Beliau tidak dibenarkan untuk membawa masuk jurukamera peribadi bagi tujuan merakamkan sebarang gambar dalam perkarangan istana.


Beliau juga dilaporkan telah memaafkan kesemua pihak yang mengecamnya di laman sosial tanpa usul periksa disamping berasa bersyukur kerana disebabkan perkara itu followers Instagramnya telah meningkat sehingga 5,000 banyaknya.

Bagaimanapun rata-rata netizens bukan sahaja tidak mempercayai alasannya itu malahan mengumpul bukti bagi membuktikan pelakon itu sebenarnya melakukan penipuan.

Menulis di laman sosial, Luqmanul Hakim mendedahkan beberapa kepincangan yang membabitkan penjelasan Boy Iman berhubung isu penganugerahan Darjat Kehormat dari Istana Pahang kononnya.

Istanakah ini?

"Jurugambar rasmi bagi pihak istana, semua gambar seperti penganugerahan majlis diberikan secara percuma. Sejak bila pula mereka neh 'cari makan' bak kata kau tu," kata Luqmanul Hakim dalam post tersebut.

Nama takde pun

Mohd Azmir yang menulis di ruangan komen post Luqmanul Hakim pula berkongsikan gambar bahawanya hasil carian mendapati nama Boy Iman tiada dalam rekod penerima gelaran dari Istana Pahang.



Kad pengesahan JPN sebenarnya dah lama ditamatkan..

Khairul Ezuwan ataupun lebih dikenali sebagai KEY, pula membalas komen dengan menulis bahawanya kad pengesahan identiti milik Boy Iman yang disiarkan di Instagram kemungkinan besar adalah palsu berpandukan kepada kenyataan dari pihak JPN itu sendiri bahawanya kad pengesahan identiti telah pun dimahsuhkan pada November 2016 lagi.

Dah dimahsuhkan - JPN



Januari 2017 - upload gambar kad pengesahan nama Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri..


Selain itu, Luqmanul Hakim turut mempersoalkan kredibliti syarikat yang dimiliki oleh Boy Iman. Boy Iman memiliki syarikat hartanah dan menjadi pemaju perumahan dengan dua syarikat yang mempunyai modal berbayar sebanyak 10,000 dan 40,000 masing-masing tiap satunya.

Luqmanul menulis bahawanya setakat ini tiada lagi rumah yang telah siap dibina dipaparkan di media sosial Boy Iman malahan mendakwa Boy Iman ada kaitan dengan skim Alfafa yang pernah dikaitkan dengan penipuan suatu ketika dahulu.

Luqmanul Hakim turut mendakwa ketika sesi wawancara bersama wartawan Harian Metro, Boy Iman telah tersalah menyebut tarikh ketika menerima anugerah Darjah Kebesaran.

"Prinsip basic, orang kalau dia menipu, apa dia menipu lepas 5 minit pun dia lupa. Sebab apa, sebab ianya bukannya fakta," katanya.

"Kalau anda masih ingat pada April 2017 yang lalu, sekitar 17, 18 atau 19 April 2017 yang lalu. Si Boy Iman penipu ini membuat kenyataan public, bahawasanya gelaran dato dia adalah dari Sultan Pahang".

"APRIL 2017 YA. Sedangkan, dia menerima Dato Pahangnya, kononnya pada 27 May... ehh 24 May 2017... Pelik tak ? Dari sini kita boleh tahu si Boy Iman ini adalah penipu," katanya lagi

Malahan sehingga kini Boy Iman juga gagal menunjukkan sebarang bukti surat jemputan dan surat watikah penganugerahan gelaran Datuk di laman sosial dakwa individu itu lagi. Ini sahaja sudah cukup membuktikan beliau sebenarnya seorang penipu, kata Luqmanul Hakim. 
- Sozcyili.