t>

Breaking News

Perang Antara Penjual Supplement Dengan Para Doktor.

Perang Antara Penjual Bahan Tambah Makanan (Supplement) dan para Doktor.
Aku sebenarnya dah berhari-hari perhati perang ni. Ikutkan hati memang nak join dan mematah riukkan hujah tak masuk akal penjual bahan tambah makanan ni. Tetapi aku busy gila dan tak ada masa nak join. Oleh sebab pagi tadi aku terbangun punyalah awal dan sambil2 buat kerja, aku terjebak pulak menulis artikel fb ni.
Gambar - Google
Simple je supplement ni. Aku bagi analogi tentang kereta. Ni analogi ya, bukan betul-betul, Analogi ni cara nak anda semua memahami actual fact. Jangan ada lagi yang bangang mengatakan aku cakap pasal lain, tetapi serang benda ni.
Kita semua tahu yang engine kereta memerlukan minyak hitam, minyak gear, minyak stearing (power stearing), minyak brek, dan berbagai lagi. Jika kita melakukan servis berkala dengan disiplin, kita tak perlukan tambah (tanpa menukar) semua minyak itu sebelum pada masanya atau penanda aras minyak itu tidak menunjukkan minyak sudah berkurang.
Apa akan jadi sekiranya minyak berkurang? Kereta akan cepat rosak dan menurunkan prestasi.
Tetapi apakah yang terjadi sekiranya semua minyak itu lebih dari paras maksimum? Kereta pun cepat rosak dan menurunkan prestasi.
Begitu jugalah dengan makanan tambahan (supplement ini). Bagi mereka yang memang gizi tak seimbang dan kurang mengambil jumlah vitamin, serat, karbohidrat, protein, dan lain-lain, orang ini layak dan patut ambil bahan tambah makanan.
Tetapi purata rakyat Malaysia sebenarnya sudah mengambil jumlah vitamin, serat, karbohidrat, protein, etc yang mencukupi [1]. Masalah rakyat Malaysia ini adalah terlebih ambil kandungan makanan tersebut sebenarnya.
Jadi, pengambilan bahan tambah makanan bagi mereka yang dah cukup zat sebenarnya sama dengan melebihkan minyak hitam, minyak gearbox, dan berbagai lagi. Akhirnya buah pinggang terpaksa bekerja lebih kuat.
Bila bahan tambah makanan ini diperlukan?
Untuk keadaan tertentu seperti individu yang mengandung, selepas derma darah, mengalami penyakit tertentu, dan situasi dan keadaan tertentu, bahan tambah makanan ini amat diperlukan
Sebagai contoh vit C, asid folic, kalsium, zat besi dan lain-lain amat diperlukan oleh perempuan mengandung. Sebab apa perlu?
Sebab dalam pembentukan zygot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus. Darah dan multivitmin yang banyak daripada biasa amat diperlukan. Tetapi ingat, multivitamin yang diambil pun ada dos tertentu dan tidak boleh melebihi paras yang selamat. Akan ada kesan sampingan sekiranya paras vitamin terlebih di dalam badan.
Sedangkan minum air berlebihan juga boleh menyebabkan kematian [2].
Hujah Kelakar Lagi Menyampah daripada Penjual Supplement.
1. Aku ada terbaca antara komen/hujah daripada penjual supplement, dia mengepilkan jurnal yang menunjukkan kajian terhadap supplement produk mereka. Tetapi dia sebenarnya haram tak faham isi journal tu. Tanya method seperti Isocratic reversed-phase HPLC with UV/Vis detection pun tak boleh jawab. Apatah lagi nak mahu mengesktrak conclusion daripada discussion section. Tak salah nak kepilkan journal, tetapi jangan jadi parrot copy paste tanpa faham isi kandungan jurnal tu.
Sedangkan di bahagian conclusion pun dah terang lagi nyata yang further study diperlukan. Data itu report dan tidak konklusif secara mapan. Report itu adalah baseline untuk comparison. Sekiranya ada banyak study baru yang lagi mapan menunjukkan sebaliknya, report ini akan jadi kurang releven. [3].
Ya, aku tahu yang research ini memang mengkonklusikan benda baik,aku tak nafikan. Malah research dari journal tu memang valid. Tetapi penjual bahan tambah makanan dari company tu overclaim sampai cakap sembarangan sehingga melanggar larangan 20 penyakit yang diiklankan. Lagi kelakar, benda yang dia overclaim (larangan 20 penyakit) tu tak ada dalam journal yang dia sendiri kepil. Tapi asyik poyo-poyo tunjuk journal tu boleh cure 20 larangan penyakit yang diiklankan tu.
2. Mereka memperlekehkan doktor dengan mengatakan belajar 5+2 tahun pun tersalah potong waktu sunat dan tertinggal gunting waktu pembedahan. Cuba suruh mereka yang potong waktu sunat dan buat pembedahan? For sure boleh menyebabkan kematian selepas itu.
Sedangkan mistake tu pun, statistically pun sangat jarang dan rare, malah tak significant untuk mewakili para doktor yang lain.
3. Pakar pun mereka lekehkan, apatah lagi doktor biasa kan? Padahal anatomi manusia pun tergagap nak cari. Ada yang mintak tunjuk korteks dan medulla pun baru nak google. Apatah lagi nak explain tentang 2 step process daripada nephrons. Sedangkan benda ni kita dah belajar waktu tingkatan 3 dahulu.
4. Sebab tu aku selalu ulang, santis jadian yang acah-acah tahu segalanya ni dulu kebanyakkannya menghafal dan tak minat pun sains waktu sekolah. Bila jual barang, terus jadi pakar sains, pakar perubatan, health consultant, dietitian, dan berbagai lagi. Bila pakar dalam bidang tu beri komen terus tolak dan tuduh dengki.
5. Penjual supplement marah bila kita tuduh mereka overclaim, lepas tu nak counter ayat ni,
"Doktor perubatan yang keluarkan statement “vitamin buat buah pinggang rosak” tanpa bukti saintifik tu, boleh dituduh overclaim tak?"
Well, helloo!! Look at this reference! [4,5]!
Banyak lagi reference/kajian/report yang aku malas nak tulis balik. Banyak sebenarnya!
6. Penjual supplement kebanyakkanya tidak menyiasat latar belakang dan rekod perubatan sebelum membenarkan pembelinya memakan supplement tersebut. Sedangkan ada sebenarnya orang yang mengalami penyakit tertentu perlu mengelakkan dos bahan tambah makanan dalam paras tertentu. Upline mereka ajar copy paste je. Bukan hal-hal penting seperti ini.
7. Maaf andai ada rakan yang terasa. Tetapi hujah dari your colleague is too much. Tak ada masalah nak jual supplement, tetapi jadilah penjual yang responsible dan educated.
Sekian.
Bacaan lanjut,
Rujukan;
[1] Norimah AK Jr et al. "Food Consumption Patterns: Findings from the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS)" Malays J Nutr. 2008 Mar;14(1):25-39.
[2] Coco Ballantyne "Strange but True: Drinking Too Much Water Can Kill", Scientific American, June 21, 2007
[3] Block G et al, "Usage patterns, health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a cross-sectional study.". Nutr J. 2007 Oct 24;6:30.
[4] Vasu Sunkara et al, "Acute Kidney Disease Due to Excessive Vitamin C Ingestion and Remote Roux-en-Y Gastric Bypass Surgery Superimposed on CKD" American Journal of Kidney Diseases Volume 66, Issue 4, October 2015, Pages 721-724.
[5] Elizabeth et al, "Acute kidney injury due to excessive and prolonged intramuscular injection of veterinary supplements containing vitamins A, D and E: A series of 16 cases", Nefrología (English Edition) Volume 37, Issue 1, January–February 2017, Pages 61–67.