t>

Breaking News

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Di Tempat Kebakaran Grenfell Tower..

Baru dapat update posting pasal kejadian tragedi pagi tadi. Seharian Agak sebok hari ni. Ianya rentetan tragedi kebakaran yang berlaku di Grenfell Tower London. Ianya berlaku dalam lingkungan kawasan kejiranan saja. Untuk ke lokasi aku hanya mengambil masa 20 minit berjalan kaki.
Pagi tadi aku tergerak hati untuk pergi menyaksikan & merasai sendiri suasana tempat berlakunya kejadian tragedi kebakaran yang berlaku. Kejadian ini telah menggemparkan dunia secara amnya. London antara negara yang menitikberatkan keselamatan tempat tinggal, terutama yang berkaitan dengan sistem mengelak kebakaran.
Tetapi bagaimana hebat pun manusia tetap ada kekurangannya, aku tidak mahu tulis bab teknikal disini kerana bukan itu yang nak disampaikan. 
Lagipun punca kebakaran masih di siasat. Bukan senang. Blok bangunan setinggi 24 tingkat dan mempunyai 120 buah flat. Bukan kecik anak, Mayat pula kalau dah rentung jadi abu & bercampur pula dengan abu alat perabut & segala jenis abu lagi? Allahurabbi. Betapa sukarnya para petugas yang bakal menjalankan siasatan nanti.

Ada beberapa perkara menarik yang aku ingin kongsikan. Ia berkaitan bagaimana kejadian ini sebenarnya membuka mata masyarakat tentang muslim. Imej masyarakat Muslim di sini rata rata agak tercalar kerana di kaitkan dengan beberapa siri serangan yang berlaku akhir akhir ini di sini, Terorist/pengganas" dikaitkan. Nauzubillah. Islam tidak pernah menggalakkan sebarang bentuk keganasan. Tiada ajaran sebegini dalam Al-Quran.
Allah maha besar. Dalam tragedi ini, ada sisi lain yang boleh kita renungkan dan ambil iktibar.
1. Kalau bukan sebab seorang budak lelaki Islam yang baru balik dari menunaikan solat di masjid mengejutkan para penghuni Grendfell Tower, dipercayai lebih ramai yang akan mati.
Ini keranan Kejadian berlaku lebih kurang jam satu pagi, saat ramai yang tengah nyenyak tidur & ada juga yang kemungkinan besar sedang bersahur. Waktu imsak sini lebih kurang 2 pagi. Penghuni dipercayai terdiri dari pelbagai etnik dan ugama. Flat ini merupakan City Council House, iaitu penempatan yang di sediakan oleh kerajaan untuk penduduk yang berpendapatan rendah & sederhana. Lebih kurang begitulah, kalau silap tolong betulkan.
2. Semasa dalam perjalanan aku guna google maps. Sikit lagi nak sampai, internet lost connection. Aku try jalan sendiri follow arah bangunan tu. Sebab aku dah nampak separuh bangunan yang penuh dengan asap dari celah celah bangunan lain.
Makin jalan makin jauh aku rasakan. Kaki mulai penat & aku stop kejap duduk kat satu bangku. Mungkin sebab puasa & cuaca yang agak panas hari ini, tu yang jadi penat sikit.
Kawasan ni dipenuhi deretan kereta bomba & para petugas berehat. Aku duduk sendirian memerhati keadaan keliling. Hingar dengan bunyi siren dan helikopter yang berlegar diudara.
Tiba tiba 2 orang perempuan mat saleh dan seorang warga kulit hitam yang sedang berjalan berhenti menegur. Diorang tanya samada aku ok atau tidak. Mereka ingat aku tengah lost sebab ada keluarga yang terbabit dalam kebakaran.
Aku pun bagitahu just berehat sekejap je. Aku tengok muka diorang semua ni sugul je. Rupanya keluarga dan kawan kawan mereka ada terlibat dalam tragedi, ada yang kritikal di hospital dan ada yang masih gagal dihubungi. Aku rasa sebak dalam tekak, aku dapat rasai kesedihan mereka bertiga.
Aku bagitahu mereka aku dari Malaysia, Aku juga sampaikan salam simpati & turut bersedih mewakili umat islam seluruhnya. Diorang peluk aku dan cakap "i know Muslim are not terorist". Salah seorang dari mereka menunjukkan plastik berisi makanan panas & sebotol mineral evian bersaiz 1.5 liter, setiap seorang menjinjit plastik yang sama.
Katanya ini buah tangan pemberian beberapa orang muslim yang menghulurkan bantuan. Mereka memuji pemuda pemuda islam yang menyantuni mereka dengan sangat baik. Cukup untuk membuat aku bahagia mendengarnya. Berbunga bunga hati ini. Alhamdulillah Allah memberi perspektif baru buat mereka tentang penganut Islam.
3. Semasa aku berada di lokasi. Aku lihat sendiri bagaimana anak anak muda Islam sedang mengagihkan Pizza dan Coffee kepada ahli keluarga, kawan dan kenalan mangsa yang berada di sekitar kawasan. Mereka datang dekat dan menyapa memberi salam. Pakaian mereka biasa biasa sahaja, ada yang gaya hip hop dan ada yang bertopi. Standard style anak mat saleh la, macam macam ada. Kebanyakan mereka berbangsa arab dan somalia.
Aku bersyukur dengan apa yang aku saksikan berlaku di bumi London ini. Pelbagai ilmu & ibrah yang aku perolehi. Setiap kejadian itu ada hikmahnya.
Cukuplah aku coretkan sedikit perkongsian ini. Let spread the love. Tengok video pertama tu, dia cerita pasal seorang budak lelaki yang baru balik dari masjid.