t>

Breaking News

Remaja 13 Tahun Dihukum 20 Tahun Penjara Kerana Menembak Lelaki Yang Cuba Untuk Merogol Ibunya.

Ini kisah yang berlaku di Mexico. 

Kisah seorang remaja yang baru sahaja berusia 13 tahun namun dipenjarakan selama 20 tahun kerana membunuh suspek penjenayah yang cuba merogol ibunya.

Sumber - Wnews
Menurut laporan Wnews.org, remaja tersebut dibicarakan sebagai orang dewasa dan hakim menjatuhkan hukuman sebanyak 20 tahun penjara berikutan ketiadaan bukti yang boleh menyokong kenyataannya.

Remaja yang berasal dari daerah Chihuahua itu mendakwa beliau mendengar jeritan ibunya yang sedang bergelut dengan penjenayah ketika kejadian.

Wnews
Ibunya juga mendakwa cuba dirogol oleh suspek berkenaan selain daripada dipukul. Remaja yang mendengar jeritan meminta pertolongan itu kemudiannya mengambil senjata milik bapanya kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek. Suspek mati serta-merta di tempat kejadian.

Kes itu juga mendapat liputan meluas di seluruh dunia berikutan remaja tersebut dianggap tidak diadili dengan sewajarnya. - Sozcyili.