Sibuk Nak Putih Akhirnya Organ Rosak.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai orang berlumba-lumba mahu menjadi putih. Baik lelaki mahupun wanita beranggapan putih adalah cantik dan kacak. 

Ramai juga yang terpengaruh dengan iklan kosmetik yang menekankan kepentingan menjadi putih kerana jika putih ia bermaksud cantik dan kacak maka masyarakat akan mudah menerima mereka-mereka yang berkulit putih ke dalam komuniti berbanding mereka yang berkulit gelap. Kaitan dengan mudahnya mendapat kerja juga dikaitkan jika berwajah putih dan cantik berbanding sebaliknya. 

Kesan dari doktrinisasi yang berterusan inilah akhirnya membuatkan masyarakat berlumba-lumba mahu menjadi putih kerana takrifan putih bermaksud cantik dan mudah diterima di mana sahaja. 

Di Malaysia, ramai juga yang terpengaruh dengan dakyah ini. Malahan kulit putih turut dikaitkan dengan mudahnya berkahwin berbanding wanita yang berkulit hitam.

Wanita dan lelaki yang berkulit hitam juga sering dijadikan bahan ejekan dan sindiran membuatkan ramai di antara mereka mahu menjadi putih kerana sedih dibahanlawakkan dalam sindiran berkaitan warna kulit.

Sebenarnya tidak hanya mereka yang berkulit gelap, mereka yang obes, berjerawat, juling, panau, pendek, hidung tidak mancung, telinga capang, gigi jongang juga sering dijadikan objek sindiran bagi Masyarakat Malaysia. Malahan pernah didramakan dan mendapat jumlah tontonan yang tinggi juga. Amalan ejek mengejek bukan perkara baru di negara ini. 

Apa yang masyarakat tidak tahu ialah; setiap kos yang dikeluarkan untuk menjadi putih datangnya dengan kesan. 

Kesan tersebut boleh menjadi kesan yang positif ataupun kesan yang negatif bergantung kepada pemilihan produk yang dilakukan oleh satu-satu pengguna. 

Berikut di bawah ialah perkongsian dari Doktor Rafidah, testimoni seorang pengguna yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadi putih akhirnya badannya merana dek kecuaiannya sendiri. 









Tak salah mahu menjadi cantik tapi... 

Sebenarnya tidak salah untuk sesiapa pun berusaha memperbaiki rupa paras masing-masing bagi tujuan menambahkan keyakinan diri. 

Namun pengguna perlu memastikan membeli produk yang betul supaya tidak terjadinya kesan yang negatif ke atas tubuh badan sendiri pada masa kelak. - Sozcyili. 

Share this :

Previous
Next Post »