t>

Breaking News

Apabila Dua Pewaris Taikun Bisnes Bertunang..

Semalam (kelmarin), waris kepada dua empayar terbesar di Malaysia, SM Faliq SM Nasimuddin (Naza Group) dan Chryseis Tan (Berjaya Group) mengumumkan pertunangan mereka di Instagram. Pengumuman ni tak mengejutkan pun sebab mereka berdua ni sudah lama bercinta. Semasa Chryseis naikkan gambar pun mereka dalam percutian.
SM Faliq SM Nasimuddin ni ialah anak bujang terakhir daripada tiga adik-beradik kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas Naza Group yang terlibat dalam automotif, hartanah, food & beverage serta telekomunikasi. SM Faliq sendiri merupakan Naib Pengerusi Eksekutif serta Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd.
Gambar - Chryseis Tan
Chryseis Tan pula anak perempuan paling tua Tan Sri Vincent Tan daripada 11 orang adik beradik. Paling tua pun baru 29. Ada lagi peluang kalian nak bermenantukan Tan Sri ni. Sebelum tu kena tahu, Chryseis ni merupakan CEO kepada Berjaya Times Square dan Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Berhad. Tak cukup dengan jawatan tu, beliau juga pemegang saham dalam beberapa jenama terkenal seperti Greyhound Café dan francais minuman kesihatan La Juiceria. Hah, berani nak mengorat adik-adik dia?
Pasangan ini mendapat perhatian akhbar-akhbar, website-website kerana mereka berprofil tinggi. Bayangkanlah, dua waris berkahwin dan kemungkinan dua konglomerat di Malaysia bergabung.
Kebiasaan yang kita seringkali dengar, taikun-taikun besar ni bercinta, berkahwin dengan selebriti-selebriti. Macam Datuk K dulu yang memilih Dato’ Siti Nurhaliza sebagai isteri. Malahan, abang SM Faliq sendiri, SM Nasarudin berkahwin dengan crush zaman remaja kita semua, Marion Caunter. Aduh, sampai sekarang pun masih cantik, tahu!
Pada 2014, ada satu ikatan perkahwinan antara dua taikun besar, Benjamin Yong dengan Elizabeth Lee. Majlis kedua mereka yang berprofil tinggi ni memang besar dan meriah. Benjamin Yong merupakan pengasas dan CEO kepada The Big Group. Kalau nak tahu, inilah syarikat kepada kafe Plan B dan Ben’s Independent Grocer tu. Elizabeth Lee pula pemilik kepada syarikat barangan perhiasan, Bowerhaus. Syarikat ni beroperasi di Australia.
Majlis mereka ni berlangsung di Stadium Chin Woo. Nampak macam majlis kecil dan biasa-biasa kan? Namun, mereka buat majlis bertemakan karnival besar-besaran. Ada merry-go-round, ballerina. Paling tak pernah dibuat orang, ada pertunjukan renang berirama. Lain macam, lain macam.
Di Malaysia, perkahwinan sebegini bukanlah satu kebiasaan. Namun di India, ia seperti satu kemestian dan menjadi ikut-ikutan. Businessman kebanyakan akan berkahwin dengan businesswoman. Pewaris harta mesti berkahwin dengan pewaris harta.
Salah satu yang terkenal adalah perkahwinan Amit Bhatia dengan Vanisha Mittal. Ayah Vanisha ialah Laksmi Mittal, usahawan besi terkenal dunia. Dunia tahu, bukan setakat di India saja. Beliau ialah Pengerusi dan CEO ArcelorMittal, pengeluar besi terbesar dunia. Manakala Amit Bhatia ni Pengerusi kepada Hope Construction Materials, pengeluar simen terbesar di United Kingdom.
Kemungkinan besar, dan kebiasaannya ikatan perkahwinan akan meluaskan empayar perniagaan keluarga. Mencambahkan benih-benih idea baru perniagaan yang kuat, menyelamatkan anak-anak syarikat yang hampir lemas.
Kita sebagai orang luar memang merasa agak sangsi dengan pertalian antara taikun-taikun, pewaris-pewaris mereka. Mungkin kita rasa ada politik sedang dimainkan, perkahwinan mereka seperti sudah diatur keluarga. Namun siapalah kita untuk prejudis dengan jodoh pertemuan orang lain.