Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur.

Nama lama jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur adalah nama pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Malaya suatu ketika dahulu dakwa Forumer Cari.com (rujuk).

Semakan di Wikipedia juga menemukan pendapat bahawanya penukaran nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur sebenarnya diusahakan oleh Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.


Gambar - Google
Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh Mahathir ialah menukarkan nama-nama jalan tertentu di sekitar Kuala Lumpur kepada nama-nama yang lebih bersifat kebangsaan dan kemalaysiaan dan membuang nama-nama ataupun unsur-unsur kebritishan yang terpalit ke atas nama-nama jalan tersebut.

Nama-nama tokoh melayu yang terkenal, berjasa dan berpengaruh diletakkan pada nama-nama jalan bagi mengenang jasa-jasa mereka terhadap negara dan rakyat.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, nama-nama tempat di Malaysia lebih mengutamakan bahasa lain berbanding Bahasa Malaysia atas alasan ianya lebih bernilai komersil dan glamer serta catchy.

Turut dilaporkan Wikipedia, nama-nama tempat sekitar Tanah Malaya - Malaysia kemudiannya sebenarnya mula ditukarkan secara beransur-ansur selepas Malaysia mencapai kemerdekaan namun ditukarkan secara besar-besaran bermula tahun 1981, iaitu selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Berikut ialah antara nama-nama jalan yang terlibat dalam penukaran tersebut suatu masa dahulu;

1) Jalan Raja Laut = Broadrick Road
2) Jalan Cheng Lock = Foch Avenue
3) Jalan Dang Wangi – Campbell Road
4) Jalan Dewan Bahasa = Old Airport Road
5) Jalan Esfahan = Straits Road
6) Jalan Hang Jebat = Davidson Road
7) Jalan Hang Kasturi = Rodger Road
8) Jalan Hang Lekir = Cecil Road
9) Jalan Hang Lekiu = Klyne Road
10) Jalan Hang Tuah = Shaw Road
11) Jalan Masjid India = Dickson Road
12) Jalan Lebuh Pasar = Market Street
13) Medan Pasar Besar = Old Market Square
14) Jalan P Ramlee = Parry Road
15) Jalan Raja Chulan = Weld Road
16) Jalan Sultan Ismail = Treacher Road
17) Jalan Syed Putra = Loarnie Road
18) Jalan TAR = Batu Road
19) Jalan Tun HS Lee = High Street
20) Jalan Tun Perak = Mountbatten Road
21) Jalan Tun Tan Siew Sin/Silang = Cross Road
22) Changkat Raja Chulan = Hicks Road
23) Jalan Bukit Aman @ Bukit Aman = Bluff Road @ Bluff Hill
24) Bukit Tunku = Kenny Hill
25) Jalan Cenderawasih = Spooner Road
26) Jalan Dato Onn = Brockman Road
27) Jalan Duta = Guillemard Road
28) Jalan Gereja = Church Street
29) Jalan Istana = Taylor Road
30) Jalan Kebun Bunga = Orchid Road
31) Jalan Kinabalu = Old River Road
32) Jalan Langgak Golf = Golf View Road
33) Jalan Mahkamah Persekutuan = Holland Road
34) Jalan Mahkamah Tinggi = Clarke Road
35) Jalan Raja Abdullah = Hale Road
36) Jalan Raja Alang = Hans Road
37) Jalan Raja = Raja Road
38) Jalan Raja Muda Abdul Aziz = Princes Road
39) Jalan Semarak = Gurney Road
40) Jalan Sultan Sulaiman = Swettenham Road
41) Jalan Tangsi = Barrack Road
42) Jalan Traver = Damansara Road
43) Jalan Tun Ismail = Maxwell Road
44) Jalan Tun Razak/Pekeliling = Circular Road
45) Jalan Wisma Putra = Hose Drive
46) Persiaran Mahameru = Swettenham Drive
47) Persiaran Maybank = Court Hill
48) Persiaran Sultan Salahuddin = Clifford Road


Sumber : Wikipedia

Share this :

Previous
Next Post »