t>

Breaking News

Bibik Rupanya Berlakon Baik, Fynn Jamal Luahkan Perasaan Diperdaya Bibik Penipu.

Oleh : Fynn Jamal 

Geli, kan? Ini lah dia balasan kebaikan kami kepada helper yang aku layan setara bagai sahabat. Makan semeja. Jalan bersama. Dimewah hadiah. Dibagi bilik tetamu, bukan bilik bibik. Dipejam-mata walau malas Nauzubillah. Semua atas alasan: takpe. Sekurang-kurangnya dia sayang anak kita. 

Sebab depan kita, Subhanallah, dipeluk dicium dikasih anak kita. Jadi takpe. Segalanya takpe, bangun lagi lambat dari kita. Rembat pakai barang kita. Tak jaga barang-barang rumah kita. Membetulkan kerosakan yang dia buat kat rumah ni sebab dia sampai ribu-ribu. Semua takpe, asalkan sayang anak kita. 

Tapi tadi dah kantoi kali ketiga buat tak baik dengan anak kita. Dia ingat semua keluar tinggalkan Juna pada dia. Sebab kita tersalah cakap semua pergi, kecuali dia. Jadi perangai dia terzahir tanpa mengetahui daddy kat tingkat atas. 

Juna menangis menjerit. Dipeduliknya. Sebab dia nak juga layan drama Filipina dia. Allahu Akbar. bayangkan. Apalah yang anak aku reti adukan. 

Dulu masa Bang Chik lari, aku doa sangat-sangat minta الله tunjuk segala yang tersembunyi dalam rumah ni. Perlahan-lahan, الله singkapkan. Gaji lebih mahal dari penjaga stor butik. Kita kenang sebab dia ada mak abah. Setiap bulan ada sahaja keluarga sakit, ada saja nak pakai duit. Kita sabarkan.

Minta tolong kemas macam mengemis. Sebab dia suka hempas-hempas sebab tak cukup rehat. Jadi selalunya aku juga yang uruskan. Masak tak pernah. Bergayut dengan jejaka-jejaka sini sana. Kantoi depan kita pun bukan minta maaf. 

Setakat off fon kemudian buat selamba. Ni aku ambil fon dia, bila semak whatsapp -- terbukti semua. . "Boss here. wait. Later i call you". . fuh. Dia yang call mamat-mamat semua tu. Chatting jenis "Mana dapat fon i ni?", jenis "nak mandi, you jangan bayang i mandi tau you ni". Berbual dengan ramai lelaki -- yang bukan suami. Terbukti sebab dia suka printscreen facetime dengan si miang-miang ni. . 

Ya الله berikan aku kesabaran. Kasihankan anak aku. Ni yang kantoi. Yang selama ni anak aku tanggung? Berapa lama dia berlakon macam ni? 

Kalau bukan bang chik lari masa tu -- mesti masih tak perasan semua ni. Sekarang dah terbukak belang. Dia dah malas nak berlakon lagi. 

Allahu Akbar. 
Wahai الله, aku serahkan dia pada Engkau.

-----------------

Some of the comments tadi tanya : kenapa tak pasang cctv?. Soalan yang dari awal lagi aku kena jawab. Pada kawan-kawan. Terutamanya pada famili. 

Bab yang aku bertegas atasnya, sampai semua jadi penat nak layan. Aku kata : kesian dia.. kalau pasang cctv, penatlah dia nak bertudung sentiasa. Mesti rimas nak mengemas. Waktu kita tak ada lah dia dapat bersantai dalam bekerja.. kalau pasang cctv, kesian pada dia. 

Itulah jawapan aku sentiasa. Sebab aku pilih dia dari senarai biodata dulu -- adalah sebab dia berhijab. Lebih mahal sebab biasanya helper dari sana adalah kristian. Ada yang muslim. Cuma tak ramai. Dan susah didapatkan. Satu lagi perkara yang ditanya di ruang komen : tentang telefon dia.

Aku tak pasti agensi lain. Tapi agensi dia dah beritahu : polisi mereka adalah tidak boleh pegang telefon. Kalau hendak call, tumpang telefon majikan. Dan untuk perkara penting sahaja. Setiap pekerja perlu setuju baru agensi serahkan pada majikan. Kami -- di minggu pertama terus belikan dia sebab dia suka ambil gadget Juna untuk buka facebook dia. Aku tak mau mereka berebut. Dan aku faham macammana beku otak kalau tak berbual dengan kenalan dan keluarga. Aku sendiri pernah merantau. Aku faham macammana sasau.

Instagram - Fynn Jamal
Dalam kontrak tak boleh balik selagi belum tamat. Aku belikan dia tiket untuk pulang beraya. Aku kirimkan hadiah-hadiah untuk keluarga dia sana. Aku pegang : kalau dia rezeki kami, dia balik semula. Alhamdulillah, mana-mana perangai sini-sana, aku halalkan. Sebab manusia bukan mesin. Manusia ada jiwa. Ada penat, ada tak larat, ada kurang cermat.. tapi entahlah. 

Segala itu bagai menyiat-yiat hati aku hari ini sejak tadi. Padahal selama ini aku tau dia tidur di katil kami bila kami tak ada. Aku ada cara untuk melihatnya. Dia tak pernah mau ikut ke mana-mana. Dia konon-konon pening, selalu mau muntah dalam kereta. Rupanya bila sendirian -- seronok dia berendam dalam bath tub. Bahagia dia selfie keliling rumah untuk dihantar ke kawan-kawan...

Aku nak cakap apa? Nak marah pun dapat apa? Jadi aku diamkan saja. Tegur baik-baik. Punya takut kalau dia tersinggung. Risau dia lepaskan pada anak kita, rupanya kena juga. 

Allahu Akbar. Takpe. Mesti ada hikmahnya. Alhamdulillah 'Ala kulli haal. InsyaAllah الله uruskan.