t>

Breaking News

Blogger Luah Perasan Bengang Dicaj Parking MRT RM21 - Ini Caranya Untuk Dapat Kadar 4.30 Sekali Masuk.

Ingatkan kena bayar rm4.30 je sekali masuk untuk parking tapi rupa-rupanya kena bayar rm21 itu pun untuk parking selama lima jam! Itulah antara luahan yang dipetik dari seorang blogger yang menulis di Seademon Says.



"Bila pulang, saya bayar RM21.00 untuk parking selama 5 jam!!! Ia sepatutnya RM4.30 sekali masuk. Periksa dengan pekerja parking, (dia) memberitahu saya bahawa ramai pemandu lain sudah kena "hangtam", katanya.

Rasa tertipu


Seademon Says
Beliau turut memberikan amaran kepada orang ramai untuk berjaga-jaga dengan kadar parking MRT itu. Sebenarnya ada cara tertentu bagi mendapatkan kadar parking tetap rm4.30 untuk sekali masuk dan tidak dicaj per jam. 

Bagaimanapun ianya tidak ditulis secara notis atau papan kenyataan di kawasan meletak kenderaan kata blogger itu lagi yang membuatkan beliau merasa tertipu.

Dalam pada itu, respon kepada penyebaran kadar parking itu, MRT menerusi Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, bagi mendapatkan kadar sekali masuk RM4.30, pengguna mestilah menggunakan kad Touch'n Go dan menggunakan kad sama untuk menaiki MRT bagi perjalanan pergi dan pulang. 

Ianya kata Najmuddin sebagai kaedah MRT untuk "membezakan siapa yang meletakkan kenderaan dan menaiki keretapi, dan siapa yang tidak." 

Ujarnya, bagi pengguna yang tidak menggunakan kad Touch'n Go ketika memasuki ruang parking 'Park and Ride' perlu membayar caj kadar mengikut jam yang telah ditetapkan. 

Wajib guna kad Touch N Go dan peraturan tertentu

Berikut merupakan langkah-langkah perlu diikut untuk mendapatkan caj parking MRT RM4.30 sekali masuk;

1. Miliki kad Touch'n Go dan pastikan kad berkenaan mempunyai baki nilai mencukupi. 

 2. Gunakan kad Touch'n Go untuk melepasi gate masuk Park and Ride di stesen MRT terpilih 

3. Guna kad sama bagi mengakses perkhidmatan MRT bagi perjalanan pergi dan pulang. 

4. Bagi perjalanan pulang, pengguna wajib menggunakan kad Touch'n Go sama di stesen akhir perjalanan pergi dan pulang ke stesen asal. 

5. Kad sama juga perlu digunakan bagi mengakses keluar daripada bangunan Park and Ride MRT. 

6. Sekiranya pengguna mengikut aturan langkah yang diberikan, kadar caj meletakkan kenderaan adalah RM4.30 untuk sekali masuk. 

"Sila pastikan sentuhan masuk (kad Touch'n Go ) semasa perjalanan pertama, dan sentuhan keluar bagi perjalanan pulang, perlulah di stesen sama, iaitu stesen yang disambungkan dengan Park and Ride. 

"Ada pengguna yang menaiki tren yang disambungkan dengan Park and Ride, dan pulang ke park and ride menggunakan bas. Ini akan menyebabkan kadar mengikut jam stadard dikenakan," kata Najmuddin lagi. - Sozcyili.