t>

Breaking News

Diva Vida Ialah Akaun Palsu Kata Datuk Vida.

Twitter
Penyanyi lagu I Am Me, Dr. Vida meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menggunakan akaun palsu dengan namanya dan memalukannya di laman media sosial termasuk akaun twitter @DatoSeriVida lapor Harian Metro.

Akaun palsu itu memuat naik satu status palsu yang menulis:

Tadi ada doktor ucap thanks kat saya, sebab tadi lagu saya keluar kat radio tetiba pesakit yang dah koma empat tahun ni bangun dan tutup radio tersebut’ dan status terbabit menjadi tular di media sosial.

Vida berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku malah beliau turut mengesan sebanyak 30 akaun palsu di laman sosial yang menyamar sebagai dirinya.

"Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana... saya hanya melihat perkara ini secara positif," katanya kepada Harian Metro.

Lagu I Am Me nyanyian Dr Vida menjadi tular di media sosial selepas berjaya menarik perhatian orang ramai.

Dr. Vida sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung akaun palsu termasuk pada April tahun lalu  apabila mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya pengikut di laman sosial itu.