t>

Breaking News

Kenapa Netizens Tak Viralkan Keputusan Punca Kematian Thaqif?

Oleh : Saiful Nang
KENAPA TAK VIRAL PULA KEPUTUSAN PUNCA KEMATIAN ADIK THAQIF?
Beberapa hari selepas keputusan bedah siasat Allayarham Adik Thaqif keluar. Kematiannya disebabkan penyakit Kencing Tikus.
Saya tak komen apa-apa kerana nak tunggu keputusan itu diviralkan selama 1 bulan lebih seperti netizen terus menjatuhkan hukum kepada pengendali tahfiz di Johor yang dengan tohmahan netizen menyebabkan tahfiz itu kesukaran mendapatkan pelajar.
Kami dah keluarkan artikel pun sebelum ini http://bit.ly/2uT6K7v dan antara kandungannya kami turut juga mempertahankan tindakan merotan sebagai salah satu cara pendidikan yang diajarkan nabi. Tetapi netizen ramai yang berdegil mahu juga jatuhkan hukuman yang sudah pasti telah menuduh pesalahnya.
Habis seorang petugas pusat tahfiz yang ikhlas berkhidmat dikurung dalam tahanan polis dengan tuduhan membunuh. Bayangkan kalau kamu sendiri yang kena begitu? Kerana keikhlasan kamu, lalu kamu dilokap?
ADIL ATAU TIDAK semasa belum pasti kesahihannya, semua dah menghukum. Tetapi bila sudah sahih secara sainsnya, ke mana netizen yang berjuta yang merumus, membincang serta menghukum kononnya "pembunuh" adik Thaqif? Kalau dilihat rakaman CCTV, tertuduh tidak terlihat mendera pun.
Sunyi sepi sahaja...keputusan post mortem rasmi punca kematian adik Thaqif yang keluar beberapa hari lalu SEPERTI LANGSUNG TAK VIRAL PUN.
Kepada pengetua Maahad yang pernah menghubungi saya di fb semasa kami keluarkan artikel di atas, terima kasih kerana terus bersabar sekalipun fitnah benar-benar lebih buruk kesannya dari membunuh. Berapa ramaikan anak-anak yang mahu menjadi huffaz terbunuh niatnya disebabkan isu ini?
Netizen semua. Kamu dipertanggungjawabkan untuk apa yang kamu tulis, kata dan buat. Jangan ingat hari raya boleh upload status KOSONG KOSONG terus clear dosa kau dari lahir sampai kau meninggal.
Sekian