t>

Breaking News

Kisah Sejarah Kewujudan Piramid Djedefre.

Oleh : Khairul Yoi

So kisahnya kali ni adalah pasal satu piramid kat Mesir sana, piramid ni didirikan sebelum piramid Khafre iaitu piramid kedua selepas Khufu didirikan. 

Piramid ni dinamakan piramid Djedefre. Dan disebabkan kisah keluarga firaun ni agak berbelit, maka aku ceritakan secara ringkas jelah kat korang. Setakat ni mesti korang ingat ada 3 saja kan piramid kat Mesir sana? Engkorang salah! Sebenarnya piramid kat mesir ada dalam 100-140 buah kesemuanya. Tu belum masuk seluruh dunia lagi beb, haa ni kes kat Pahang sana pon ada piramid engkorang belom kira lagi. 

Jadi disebabkan adanya piramid kat seluruh dunia ni membuatkan piramid di Giza hampir ditarik balik gelaran 7 wonders of the world. Tapi tak payah citer yang ratus-ratus buah tu lah, aku nak citer piramid pertama sampai keempat je. So piramid pertama yang dibina bukanlah Khufu. Tapi piramid Djoser, bapak kepada firaun Khufu. 

Piramid dia berbentuk macam tangga, macam yang korang bleh tengok kat bukit-bukit sekitar highway kat Malaysia ni. Jadi piramid ni dinamakan sebagai “piramid tangga” atau dalam bahasa zimbabwenya “The Step Pyramid”. Piramid ni ada kat Saqqara sana dekat-dekat ngan Memphis dan dibina lebih kurang 4700 tahun yang lalu. 

Piramid ni dibina untuk makamkan Firaun Djoser dan plan pembinaan dirancang oleh Imhotep, haa kalau engkorang nak tau Imhotep ni memang power namampos la dia punya plan dan architectures sampaikan zaman moden sekarang ni pon takleh tiru dia punya rekaan bhaiii. Power tak power? Dah berpuluh saintis dan architect serta pereka cipta cuba tiru dia punya teknologi tapi sampai sekarang diorang fail. Sambung citer. 

Piramid Djoser ni 6 lapis, maknanya lebih kurang cam 6 anak tangga la. Tapi masa ni piramid pertama, so dia punya binaan belom power macam legasi seterusnya lagi, sebab diorang ni saling bersaing piramid sape paling power. Jadi masa piramid pertama ni Djoser cuma bina menggunakan tanah liat dan batu saja. 

Bila masuk kat anak Djoser yang bernama Khufu ni, dia dah mula bina piramid dari batu kapur yang digilapkan. Yang tu korang boleh baca kat album ni nanti. Sebab bukan benda ni yang aku nak citer. Aku nak citer pasal satu piramid yang sebelum ni “dipulaukan” dan tak diketahui oleh umum atas sebab-sebab tertentu. 

Korang nak tau kenapa? Haaa ni aku nak kabor. So berbalik pada cerita keluarga firaun tadi. Macam aku kabor kat korang lah, keluarga diorang ni cacamarba. Semua gila kuasa. Jadi citernya lepas Khufu ni naik takhta, dia akan cari pengganti untuk ambil alih tugas dia sebagai pemerintah Mesir. Jadi Khufu ni ada dah plan nak bagi kat anak lelaki dia hasil perkahwinan dia dengan bini dia. 

Nama pewaris tersebut ialah Firaun Khaewab. Mengikut lagenda orang Mesir, Khaewab ni hilang secara tiba-tiba, dipercayai dibunuh oleh Djedefre. Djedefre ni anak lelaki firaun jugak. Tapi kira anak haram la sebab tu hasil senggama firaun dengan gundik dia, bukan anak hasil senggama dia dengan bini dia sendiri. Maka si Djedefre ni bunuh si Khaewab dan kahwin dengan balu Khaewab iaitu Hetepheres untuk warisi takhta sebab masa tu cuma ada Khaewab, Djedefre, dan Khafre saja sebagai pewaris lelaki. Tapi si Khafre ni paling muda, so memang tak dapat kat dia la takhta tu. 


Tapi nak dijadikan citer, si Khafre ni adalah adik kandung Khaewab, so dia balas dendam dan bunuh balik Djedefre. Disebabkan dendam dia yang terlalu membengkak di hati, maka dia hapuskan segala bukti kewujudan Djedefre kat atas muka bumi ni, termasuklah piramid yang didirikan oleh Djedefre di Abu Rawash. Dan lepas dia rampas takhta Djedefre ni, dia pun buat piramid Khafre bersebelahan piramid ayah dia Khufu. 

So ni adalah sebab kenapa piramid Djedefre ni dikenali sebagai “Piramid Yang Hilang”. Engkorang paham ke aku citer ni? Kemain penat menaip kopi-kopi ape takde ke? Ok sambung citer. 

Historian dan archeologist percaya bahawa piramid Djedefre ni adalah piramid yang paaaaaling besar sampaikan kalau engkorang gabung ketiga-tiga piramid di Giza plateau pon memang takleh lawan dengan piramid Djedefre ni. Tapi sayangnya, piramid ni cuma tinggal tapak dan tingkat bawah tanah saja. 


Batu-bata dari piramid ni dipercayai dah dicuri oleh pencuri batu bata. Sampaikan kat bahagian makam Djedefre kat bawah tanah tu pon dah takde harta macam makam-makam firaun lain. Cilakak punya pencuri. 

So cerita dia, kenapa di Djedefre ni buat piramid jauh daripada piramid lain? Ada historian percaya piramid ni firaun nak buat kat mana pon sukahati dia lah, tapi sebenarnya di Khafre ni sengaja jadikan kawasan piramid Khufu sebagai tumpuan, supaya piramid Djedefre takde sape yang tahu dan dia nak biarkan piramid tu terkubur selama-lamanya.


Kalau engkorang nak tau, piramid Djedefre ni dipercayai paling tinggi antara semua piramid yang ada, lebih tinggi daripada Khufu iaitu 722 kaki tinggi, Khufu yang paling tinggi tu pon Cuma 480 kaki je woiii ! Memang patutla si Khafre tu sakit hati. 

Plus, piramid Djedefre ni dibina atas bukit, jadi memang kedudukan dia tertinggi, sebab dia sorang je yang gelar diri dia sebagai “Tuhan Ra” iaitu matahari, jadi dia sengaja bina kat tempat tinggi supaya lebih dekat dengan matahari dan boleh claim diri dia sebagai Tuhan Matahari.

Kalau korang nak tau lagi, punyalah istimewanya piramid Djedefre ni, dia binakan dinding kat sekeliling piramid dia, tak sama macam piramid lain. Piramid lain kalau engkorang tengok dari angkasa lebih kurang macam 3 ketul nasik lemak mak esah di atas meja. Tapi piramid Djedefre ni ibarat engkorang letak nasik lemak bungkus 3 segi tu dalam kotak. Haaa gitu arr perumpamaan dia. 


Menurut Zahi Hawass iaitu Director of Egypt Supreme Council, dia kabor yang Djedefre buat piramid ni sebagai tempat tinggal dia lepas mati nanti. Kira cam istana dia la bila mati nanti. 

So bilik utama iaitu bilik makam dia ada kat bawah tanah, dan diorang dah jumpa lebih kurang 3-5 terowong stakat ni yang dihubungkan dengan bilik makam. So gambor ni adalah gambaran piramid Djedefre. 

Istimewanya lagi piramid ni, dia tak pakai batu kapur dan tanah liat semata-mata, tapi dia pakai batu granit warna merah woi merah! 


Tapi semua dah kena kebas ngan pencuri. Haa bila waktu malam, nampak berkelip-kelip macam bintang di angkasa. Jadi piramid ni jugak digelar “Starry Sky” dan piramid hitam. Power nohorom kan? Engkorang bayangkan, batu granit ni bukan asal dari Abu Rawash jugak, tapi dari Aswan, jauh jugak la dari Abu Rawash. 

Dan dipercayai piramid ni dibina waktu banjir, so senang diorang nak bawak batu tu dari jalan sungai. Haa yang ni aku tak tau cemana diorang buat. Punyalah power senak otak jugak mikir cemana diorang bawak pakai sungai. Maybe guna rakit ke apa ke taktau la tapi korang pikir la, takkan tak tenggelam kot apak berat woi batu-batu tu. Satu batu dikatakan beratnya 25 tan woiii ! 

Plus, batu-batu ni dikatakan dipotong menggunakan gergaji yang dibuat dari copper dan quartz. Dan memerlukan lebih 370 orang untuk bawak batu ni naik ke bukit Abu Rawash tu. Kawasan piramid Djedefre ni adalah kawasan kawalan tentera, jadi tak semua orang boleh masuk. Maka orang-orang tertentu je boleh pergi tengok sebab tu ramai gila yang taktau pasal piramid ni. Kalau korang tengok kepala patung ni, kepala ni ditemui di tapak piramid Djedefre ni.


Dan dipercayai kepala patung tu diukir ikut muka Djedefre. Kalau korang perhati betul-betul, kepala ni sangat menyerupai binaan Sphinx yang sampai sekarang masih jadi misteri. Misteri sebab pengkaji tak tau siapa yang bina. So sedikit sebanyak diorang syak Sphinx tu dibina oleh Djedefre sebenarnya. 

Jadi ni adalah serba sikit info-info yang aku dapat sampaikan kat korang, kalau korang nak tau lebih lanjut lagi korang boleh cuba cari kat history channel punya youtube, tapi pepandai korang la translate sendiri kahkahkah sebab takde sari kata. InsyaAllah nanti aku sambung kisah piramid-piramid misteri ni lagi. 

Gambar : Khairul Yoi