t>

Breaking News

Lelaki Yang Cium Pakaian Dalam Di Dobi Sebenarnya Disahkan Sakit Mental.

Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial video seorang lelaki berbaju merah menyelongkar mesin basuh dan mengambil pakaian dalam wanita sebelum menciumnya. 

Video yang dimuat naik oleh individu bernama Nur Izzati itu mendakwa, lelaki warga emas itu menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita. 

Gambar - The Reporter
"Selang sejam, saya perasaan pakcik itu buka satu persatu mesin pengering, selongkar apa entah. Sekali saya perasan dia cium bau pakaian dalam perempuan. 'Seriously' pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan," kata Nur Izzati. 

Nur Izzati juga mendakwa lelaki terbabit mengambil pakaian dalam wanita hampir 10 helai dan memasukkannya ke dalam sebuah beg. Sementara itu di media sosial, netizen mengecam perbuatan jijik dan keji lelaki itu yang dianggap sebagai gila seks. 

Bagaimanapun, ahli keluarga lelaki berkenaan tampil menjelaskan lelaki warga emas itu nampak seperti normal, tetapi sebenarnya menghidap masalah kesihatan mental. 

"Hakikatnya dia tidak sihat. Diserang penyakit jantung dan koma. Dia diberi peluang hidup kali kedua, tetapi malangnya dia hilang ingatan. Tolonglah faham dengan keadaan keluarga kami," katanya yang tidak ingin didedahkan nama. 

"Cukuplah dengan kesedihan yang isterinya alami, dengan dugaan yang Allah beri, dengan tiga orang anak kecil, ditambah pula dengan viral video suaminya di media sosial. Sudah banyak beban yang isterinya kena pikul seorang diri," katanya. 

Isteri kepada lelaki berkenaan hanya menyedari suaminya diviralkan di media sosial jam 8.00 pagi semalam selepas dimaklumkan oleh adiknya. 

"Untuk makluman, suami saya itu mengalami masalah mental dan saya bersama ahli keluarga yang lain dalam proses untuk merawat masalah suami saya itu," Ekoran viral itu, isterinya membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghalang dan membuang video tersebut dari terus diviralkan. 
 
 
Difahamkan, Nur Izzati juga telah membuang video tersebut sebaik saja dimaklumkan oleh ahli keluarga lelaki berkenaan mengenai status kesihatannya.
 
Sumber : The Reporter