t>

Breaking News

Muslim Tak Makan Babi Punca Perniagaan Restoran Gagal - Chef Mak Gu Pui.

Pemilik Restoran Tim Ho Wan dilanda kontroversi berikutan memberikan alasan kegagalan dua perniagaan restoran mereka di Malaysia adalah berpunca dari umat Islam di Malaysia yang tidak memakan babi, lapor NextShark.

"Di Malaysia majoritinya umat Islam. Mereka tidak memakan babi. Sedangkan babi adalah menu bagi kebanyakan hidangan dimsum dan dumpling yang dijual di restoran," katanya dalam satu laporan berita yang tersiar di akhbar Hong Kong.

Chef Mak Gu Pui turut menjelaskan kegagalan perniagaan mereka di Malaysia ialah kerana perbezaan budaya. Malahan menurutnya, memiliki restoran cina di Malaysia adalah seperti menjalankan perniagaan sauna di kawasan gurun.


Tinjauan online juga mendapati rata-rata netizens tidak berpuas hati dengan alasan kegagalan yang diberikan oleh Chef Mak kepada media Hong Kong. Netizens juga mendakwa punca kegagalan restoran milik Chef Mak itu adalah disebabkan strategi perniagaan mereka yang tidak berkesan. 

Malah ada di antara netizens menyatakan bahawa harga hidangan di restoran tersebut agak mahal sedangkan kualiti hidangannya boleh dipertikaikan. 

Ada juga yang mendakwa bahawa servis di restoran tersebut tidak memuaskan dan hidangan mereka tidak menepati citarasa rakyat Malaysia bukan Islam. 

Beroperasi selama lebih 3 tahun, Tim Ho Wan akhirnya menutup kedua-dua cawangan milik mereka di Malaysia pada 4 Julai lepas. - Sozcyili