t>

Breaking News

Pasangan Berkahwin Yang Ditangkap Khalwat Sebenarnya Report Diri Sendiri Kat JAWI Dakwa Peguam.

Ingat lagi tak sekitar bulan 5 tahun ini, ada berita dilaporkan tentang tindakan penguatkuasaan JAWI membuat tangkapan (khalwat) terhadap pasanggan suami isteri yang sah. Pasangan ini turut dilaporkan telah menyaman JAWI akibat penangkapan tersebut.

Kalau baca komen-komen yang ada, ramai yang mencemuh dan melabelkan JAWI dengan pelbagai gelaran. Semua komen yang ada, boleh dikatakan semuanya negatif.

Laporan Berita FMT
Hari ini aku nak kongsikan tentang apa yang berlaku dekat Mahkamah Syariah siang tadi tentang pasangan yang sama. Kebetulan aku ada dalam dewan yang sama.

Hari ini adalah merupakan hari pertama pasangan ini dituduh di Mahkamah Syariah dibawah seksyen 7 (c) Akta Keselahan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutan.
Seksyen 7(c) tersebut menyebut bahawa :-
Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain - (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dalam pertuduhan yang dibacakan, pasangan ini telah melakukan kesalahan tersebut kerana telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI dan membuat aduan tentang wujudnya pasangan yang sedang berkhalwat sedangkan pasangan yang diadu itu adalah pasangan tersebut sendiri. Dengan kata yang lain, buat laporan palsu tentang berlakunya jenayah khalwat.

Kita semua faham bahawa seseorang itu adalah perlu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Kita perlu hormat kepada proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Apapun semoga keputusan Mahkamah berpihak kepada yang pihak yang benar.
P/s : Ini baru peringkat pertududuhan dan belum lagi didapati bersalah oleh Mahkamah.