t>

Breaking News

Pertunangan Faliq & Chryseis, Netizens Cina Tunjukkan Rasa Meluat.

Sesetengah netizens muslim menunjukkan rasa meluat kerana dua pewaris empayar perniagaan di Malaysia berkahwin disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan, lain pula halnya dengan netizens berbangsa cina.

Gambar - Chryseis Tan
Kebanyakan respon yang dipetik menunjukkan rasa meluat kerana Chryseis Tan memilih orang melayu yang beragama Islam untuk dijadikan pasangan hidup. 

Untuk rekod, pada 30 Jun lepas, ketua pegawai eksekutif Berjaya Times Square, Chryseis Tan, memberitahu melalui akaun Instagramnya yang dia telah dilamar oleh pewaris Naza, SM Faliq SM Nasimuddin.

Mereka berdua dikatakan berkenalan apabila belajar di luar negara bersama-sama dan mulai rapat sejak itu. Di laman Instagram milik Chryseis Tan juga seringkali memaparkan aksi romantik pasangan berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Pasangan itu seringkali bercuti bersama dan melancong ke negara-negara tertentu dan memaparkan gambar-gambar lawatan mereka di laman sosial. Chryseis Tan juga terkenal kerana seringkali memaparkan gaya hidup mewah di laman sosial milik beliau. Perhubungan mereka berdua dipercayai dengan restu kedua-dua belah keluarga.

Memetik laporan dari portal Moretify, portal berbahasa cina, http://www.moretify.com, melaporkan reaksi netizens berbangsa cina yang rata-ratanya menyindir apabila Chryseis menerima pinangan Faliq. 


Gambar - Moretify/Alihbahasa - AmaningNara
Gambar - Moretify/Alihbahasa - AmaningNara
"Jutawan cina berkahwin dengan pewaris empayar berbangsa melayu. Netizens beranggapan ia memalukan. Songkok pula menjijikkan". 



Selain menunjukkan rasa meluat, ada juga yang melemparkan komen berbaur negatif. Kononnya kedua-duanya berkahwin untuk meluaskan lagi empayar perniagaan milik keluarga masing-masing.

Ada juga yang secara sinisnya memberikan komen selepas ini Vincent Tan boleh lah memperluaskan perniagaannya dengan memanipulasikan kuota/status bumiputera yang dikhususkan untuk usahawan melayu.

Bagaimanapun tidak semua pengomen memilih untuk mengkritik pasangan berkenaan. Sepertimana netizens melayu, ramai juga netizens cina menzahirkan ucapan tahniah di atas pertunangan kedua-kedua pewaris empayar perniagaan itu.

Ada juga yang memuji pasangan berkenaan sama padan sama cantik, sama-sama kaya layaklah terbang bersama. 😁😁😁 - Sozcyili.