Punca-Punca Kemalangan Maut Dan Cara Mengatasinya.

Oleh : Zack TPG
TAJUK : OPS SELAMAT
Assalam"mualaikum. Salam satu Malaysia. Saya sebagai pengkaji selidik kemalangan persendirian, amat tertarik dengan tajuk akhbar pada 1 July 2017. 
Bahawa Kementerian Pengangkutan menyuruh MIROS dan JKJR membuat kajian menyeluruh berkenaan peningkatan angka kemalangan jalan raya. Setelah saya membuat kajian sendiri, banyak faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. MIROS dan JKJR sudah membuat kajian dengan betul dan sangat baik. 
Tetapi di Malaysia ini terlalu banyak Jabatan dan Agensi, beginilah hasilnya. Apabila banyak Jabatan dan Agensi, maka banyak la kepala Pengarah. Manusia ini pemikiran tidak sama, rambut saja sama hitam. Ada yang fikir masuk duit saja. Disini saya ingin berkongsi sedikit info.
2. Punca kemalangan ini banyak faktornya. Contoh yang saya bagi disini;
- BELAJAR UNDANG-UNDANG 
Peribahasa jugak mengatakan hendak melentur buluh biar dari rebungnya.Bukan dah jadi buluh baru nak lentur.Maksud saya,untuk mengajar keselamatan jalan raya ini kena diajar dan dididik dari sekolah rendah lagi.Bukanya hendak tunggu umur 16 tahun nak ambik lesen baru nak belajar undang-undang jalan raya.Sebab itu ramai pelajar yang boleh menunggang motor dan memandu kereta tampa lesen.Ada jugak yang cukai jalan dan insurans tamat tempoh.Sebab mereka ini ada sedikit kemahiran,tetapi tidak ada asas pemanduan berhemah.Masuk kerusus 8 jam,bukan semua yang diterangkan macam didalam buku undang-undang jalan raya mengikut APJ 1987.Apabila nak masuk ujian,bukan semua buku undang-undang itu dibaca dengan habis.Bila masuk ujian ibarat main lambung dadu sahaja.Kira nasib,cukup markah atau tidak.Sebab itu banyak yang tidak faham tentang keselamatan jalan raya ini.
- SIKAP
Kebanyakkan pemandu diMalaysia ini mengamalkan sikap penting diri sendiri dan sikap tidak sabar daripada sikap keselamatan semua.
- LORONG
Di dalam buku undang-undang APJ 1987 ada menulis dan melukis gambar rajah.Lorong 1,2,3 untuk apa ??? Saya rasa ramai yang tak faham.
Lorong 1 = Untuk memandu perlahan.Tak kira kenderaan berat atau ringan.
Lorong 2 = Untuk kenderaan laju sikit memotong. 
Lorong 3 = Untuk kenderaan lebih laju memotong tak kira apa jenis kenderaan.Bagi kenderaan berat pun boleh memotong, tetapi dengan satu syarat. Apabila habis memotong, masuklah ke lorong kiri semula. Dimana-mana negara pun tetap ada garisan di jalan raya. Rugilah kerajaan berbelanja bilion ringgit untuk buat garisan, tetapi tidak tahu dan faham fungsinya.
- JALAN
Berkenaan dengan jalan pun salah satu sebab jugak punca kemalangan. Kita boleh melihat dan mendengar ada kawasan yang kerap kemalangan. Mungkin kawasan itu keras, atau mungkin kawasan itu jalan tidak rata. Saya berharap pihak yang berwajib hendak membuat kajian berkenaan jalan, tidak perlulah menggunakan kereta yang canggih. Senang cerita, pandu ujilah menggunakan bas, barulah dapat merasa perbezaannya.
- MEMANDU LAJU
Setahu saya, kemalangan ini kebanyakkannya bukan kerana laju. Tetapi kerana memandu perlahan. Apabila memandu laju, minda dan mata anda akan menjadi cergas. Barulah anda boleh fokus pada pemanduan. Memandu perlahan ini, mata anda mungkin dalam keadaan celik. Tetapi minda anda mungkin tidor, itu punca anda hilang fokus pada pemanduan.
- RANCANG PERJALANAN
Saya rasa perancangan perjalanan ini mungkin sudah dilakukan awal. Tetapi mungkin tidak sama masa yang hendak dimulakan perjalanan. Ada sesetengah waktu balik dari kerja terus hendak memandu balik ke kampung. Masa itu mungkin anda ada tekanan ditempat kerja, tekanan dengan kesesakkan jalan raya, tekanan dengan keadaan sekeliling dan juga keletihan. Ini jugak boleh menyebabkan kemalangan.
- MEMOTONG DI JALAN LAMA
Kemalangan di jalan lama ini kerap berlaku. Memotong tidak lepas. Seperti yang tercatit di dalam buku undang-undang APJ 1987. Apabila anda nampak kenderaan di hadapan sedang memotong tidak lepas. Anda haruslah menghimpit ke bahu jalan dan memasang lampu isyarat ke kanan, agar kenderaan di belakang anda tidak memotong. Kenderaan yang kena potong jugak haruslah menghimpit ke kiri jalan, agar kenderaan yang sedang memotong dapat memotong dengan selamat. Sikap bertolak ansur itu penting, bukan kira kenderaan sapa lagi kuat, besar dan hebat.
3. Tadi saya berkongsi sedikit panduan berkenaan kelamahan pemandu diMalaysia. Sekarang saya hendak memberi tips kenapa Ops Selamat gagal ??? Ini contoh ;
- PEMANTAUAN
Ops selamat banyak bertumpu kepada bas ekspres sahaja. Sepatutnya apabila nama Ops Selamat ini kena pantau pada semua kenderaan. Barulah dikatakan adil dan selaras. Sebab semua mengunakan jalan raya. Semua pengguna bayar toll, bayar cukai jalan dan bayar untuk perbaharui lesen memandu.
- URIN TEST
Sepatutnya urin ini jugak patut dibuat kepada semua pemandu kenderaan. Kita kata pemandu bas ekspres bawak nyawa. Begitu jugaklah pemandu kenderaan persendirian. Mereka jugak membawa nyawa, tambah lagi keluarga mereka sendiri.
- AES
Aes ni baik di pasang kawasan yang selalu kerap kemalangan. Apabila mereka sampai di kawasan itu mereka akan memperlahankan kenderaan. Begitu jugak Polis Trafik dan Jpj yang menunggu dikawasan R & R. Ini tidak memberi apa-apa faedah dan berkesan pun. Sepatutnya Polis Trafik atau Jpj haruslah di tempatkan dikawasan yang kerap jem. Letak satu payung, kerusi dan meja. Tunggu yang memotong lorong kecemasan, ada jugak hasilnya. Letak jugak di kawasan garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat.
4. Sampai disini sahaja yang dapat saya kongsikan. InsyaAllah dimasa akan datang mungkin saya berkongsi lagi. Saya bersedia untuk berbincang dengan semua pihak seandainya dijemput. Sekiranya saya ada terkasar bahasa, saya memohon kemaafan. Yang salah dan silap dari saya, yang baik dari Allah Swt. Sekian terima kasih.

Share this :

Previous
Next Post »