t>

Breaking News

Remaja Tercicir Alat Pendengaran, Mohon Bantuan Jika Terjumpa Agar Dipulangkan.

1 Julai lepas, seorang remaja yang mengalami masa pendengaran telah kehilangan alat pendengarannya yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit di Stesen Bas Larkin, Johor.

Pengadu berkongsikan kehilangan barangnya itu di laman facebook dan mendapat simpati ramai netizens.


"Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan dan puan semua. Saya mau minta tolong sekiranya ternampak alat seperti dalam gambar yg saya tunjuk ni. Sila whatsapp saya (01133070170), call saya tak terima sebab saya tak boleh dengar

Atau nombor ayah (0195074842). Sekiranya terjumpa secepat mungkin kembalikan kalau boleh sebab sepanjang alat tu tiada pada saya, saya tak boleh mendengar," katanya di status berkenaan.


Di ruangan komen pula, ramai netizens menyuarakan perasaan simpati malahan ada yang mahu menyumbangkan wang dan organise kutipan derma bagi membeli semula alatan pendengaran milik beliau yang hilang di stesen bas berkenaan.

Bagaimanapun tinjauan mendapati setakat ini, Amirul tidak memberikan apa-apa respon berhubung niat sesetengah netizens itu. Diharapkan sesiapa yang terjumpa barangan berkenaan bolehlah pulangkan semula kepada pemilik sebenar. Alatan itu dianggarkan bernilai 40,000 berdasarkan anggaran netizens yang dipetik menerusi ruangan komen. - Sozcyili.