t>

Breaking News

Review Movie Animation Park Studio MAPS Ipoh.

Baru-baru ini satu lagi taman tema terbaru dilancarkan di kawasan Ipoh. Berikut ialah review dari salah seorang pengunjung yang telah mengunjungi taman tema tersebut baru-baru ini. Review ini sesuai untuk mereka yang ingin membawa anak-anak ataupun keluarga berkunjung ke MAPS, Ipoh.
Dari waktu tempat ni belum siap lagi, Umar dah mintak nak pegi, semalam bawak la jugak. Sebab dia nampak gambo Boboiboy tepi highway tu laa asik duk mintak pi MAPS je. Okla ni review dari kami yang tak penah pergi memane theme park yang bayo mahai mahai nii. Selalu bawak pi indoor playground kat AEON je 😅.
1. Kami beli tiket sehari awal. Sampai sana nanti tak payah beratur lebih setengah jam untuk beli tiket. Ramaiii oranggg wei. Aku tak dapat bayanglaa kalau laki aku beratur beli tiket, anak anak aku berlari sana sini. Mau jadi singa aku kat situ. Beli tiket awai-awai, sampai je boleh terus masuk dengan senang hati.
2. Tiket price RM131 for adults, RM104 for kids/senior citizen. Kanak kanak bawah 3 tahun free. Ade promo buy 1 free 1 tiket sampai 2 July. Tiket free tu nanti boleh pakai bila semua tempat dah bukak. Pergi sekarang, tak semua tempat bukak tauu.
3. Makanan & minuman luar takleh bawak. Ade manual spotcheck beg. Tapi boleh bawak air masak. So better bawak la sendiri air masak korangg. Dalam tu harga air & makanan boleh tahan mahai. Air mineral botol kecik RM3.50. Memang cukup untuk perut ummi nye jela. 😅 
Tapi laki aku kabo, ade jual tumblr kat food court. Promo 2 tumblr RM50. 1 tumblr RM30. Beli 2 tumblr, dapat free refill air. Sampai ke sudah la kami minum air tu je. Refill banyak-banyak kali. Free pulakk kan. Promo tumblr tu kat food court je yang aku tau. Kat souvenir shop aku tak sure ye. Promo refill air free pun sampai 2 July je kalau tak silap. Food court tu kat mane? Kat sebelah kapal terbang beso gedabak tu.
4. Ok masuk part section dalam tu. Pandangan ikhlas aku untuk budak budak seronok la. Masuk dalam tu, kat Centre Stage ade masa masanye ade sesi meet & greet dengan maskot. Masa kami sampai, ada maskot Boboiboy & Yaya. Umar syok la terus pi tuju situ. Kami pun beratur la nak tangkap gamba punye pasal. Masa masa lain time kami lalu, ade jugak maskot lain. Pastu ade dance performance.
5. Dekat dekat situ, ade Boboiboy 4d Adventure Theatre. Nak kabo, kat sini sape yang ade anak kecik & ibu mengandung takleh masuk. Kanak kanak 6 tahun ke atas je. So memang aku agak frust la tak dapat tengok. Umar pulak dah excited nak tengok. Meluru masuk selamba die je. Kalau kome nak tengok, gilir la laki bini. Laki aku pi tengok. Aku lepak tempat lain. Bio la die nak merasa 😝 . Best katenye.
6. Jalan depan lagi, ade Fantasy Forest. Kat sini memang tempat budak budak laaa. Theme park budak budak. Ade macam macam mainan. And ade certain mainan ikut ketinggian baru boleh main. Kat tempat ni Umar memang main habis la. Syok habis dia kat situ. Ade certain mainan pulak kalau tak cukup tinggi, kena ditemani parents. Macam laki aku teman anak anak naik mainan kapal terbang tu 😅😅. Pusing pusing tempat tu berpeluh peluhh. Panas time tu. Nasib ade Coral Kingdom. Dalam tu kiranya macam indoor playground + cafe. Boleh la lepak jap dalam tu sambil bagi anak anak kome main sambil keringkan peluh dalam aircond. Makanan & minuman dalam tu boleh tahan mahal. Aku tanak kabo harga dalam ni. Bio kome tengok sendiri.
7. Stunt Legends. Tempat ni show stunt kereta & motor. Takde la heavy sangat stunt nye. Banyak macam drift je. Tapii pada yang ade baby tu.. jangan duduk bahagian bawah. Sebab asap asap bila kereta tu drift menghala ke audience. Sian baby sedut asap tu. Boleh tahan tebal asap tu. Aku nampak ade few parents keluar balik bawak baby. And bunyi bunyi drift tu pun agak kuat untuk baby. Sian baby takut nanti.
8. Souvenir shop. Ade few souvenir shop dalam tu. Barang-barang pun boleh tahan harga. Kalau anak kome sejenis Umar yang takleh tengok barang-barang kartun especially boboiboy, takyah masuk. Haha. Umar nak paw bapak die beg Boboiboy Taufan harga Rm99 weiii. Sikit sikit boleh laaa. Banyak banyak kopak bapak kau nakk. Trus angkat bawak keluar 😅
9. Smurf Playland & Theatre. Sesambil beratur tunggu masuk theatre, boleh bagi anak main dalam playland. Ade game dalam tu. Tapi untuk 4-6 tahun je. Ada jugak maskot smurf. Boleh bergambar
10. Lakeside games. Ni theme park untuk adults je. Paling ramai beratur kat bumper car. Umar naik dengan bapaknye. Nangis dia. Hahaha. Die cakap "ayah bawak kete tak brek. Ayah langgar langgar. Ayah bawak laju. Bahaya" 😂😂
Setakat tu ni jela yang bukak. Yang lain, Boboiboy Academy, DreamZone, Cartoon Factory belum bukak lagi. Setakat ni bagi aku untuk budak budak seronok la. Hehe. Ade few tips nk share
- kat situ panas. Peluh peluh jalan. Untuk anak anak yang jenis tak tahan panas & peluh, bawak la baju spare & towel. Bagi mandi dalam toilet. Sian nanti melekit badan.
- sebelum datang, makan kenyang kenyang dulu. Makanan agak mahal dalam tu. Bila keluar je terus cari kedai makan. 😝
- 20% disc untuk food & beverages. Promo jugak sampai 2 July
- bawak stroller. Bila anak anak dah letih, tak larat nak jalan, senang nanti. Boleh jugak sewa stroller kat situ. Tapi boleh duduk je, tak boleh baring. Single seat RM30, double seat RM50.
- Dah beli tiket mahai mahai, gune kan sehabisnya. Kami pi semalam jam 11 pagi. Kami keluar jam 7 malam. 😅😅Memang gune sehabis baik punye la.
- Dah bawak backpack isi baju towel pampes anak anak, jangan lupa isi telekung pulak. Bawak telekung sendiri lagi puas hati.
- Public Holiday, Cuti sekolah & weekend tutup jam 10 malam. Hari biasa tutup jam 6 petang.
- Spent RM600 ke atas untuk tiket, bawak resit & claim merchandise voucher kat information centre. Then collect barang kat Smurf Village Retail shop
- Tanya aku berbaloi ke tak. Bagi aku berbaloi tang beli tiket. Sebab buy 1 free 1. Yang free boleh guna bila semua tempat dah bukak. Estimate bulan 8 dah bukak semua. Tiket free valid sampai September. Raya haji la pulak datang lagi & tak payah beli tiket dah.
Sekian saja review dari kacamata kami yang 1st time pergi theme park mahal mahal ni. 2-3 tahun skali bolehh la. Tiap tiap bulan tak dapek la 😝    Kami tak tangkap banyak gambar pun. Ikut dan je tangkap. Ade anak kecik nak kena ligan, camni la.