Rumah Dibaraikan Penyewa, Habis Rosak! - Hanya Sebut Penyewa Dari Kelantan, Individu Ini Dikecam.

"Kakak aku dah kena woi. Sewa rumah kat student last last rumah barai. Harini jugak kena halau sebab banyak masalah. Rumah ke ape ni sial", kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan ID Ashry Razak.

Tweet yang tular itu juga memuatkan beberapa gambar yang menunjukkan keadaan rumah yang diduduki oleh sekumpulan penyewa yang juga masih belajar.

Menurut Ashry, rumah yang disewa itu bukan sahaja terdapat beberapa kerosakan di dalamnya malahan turut kotor akibat sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik. 

Perabot-perabot yang disediakan bagi kemudahan penyewa juga tidak dijaga dengan baik apabila perabot-perabot itu turut dirosakkan oleh kumpulan penyewa itu.



"Orang dah bagi sewa kira baik dah. Siap sport rim motor letak kat sofa. Amboi kemain. Rasa korang dah boleh teka kot penyewa ni orang mana?", katanya lagi. 

Tweet Ashry yang seterusnya menceritakan bahawanya bilangan penyewa adalah 4 orang di mana 3 daripada mereka ialah orang Kelantan manakala seorang lagi adalah dari Kuala Lumpur.


Malahan Ashry turut menjelaskan bilik yang diduduki oleh pelajar dari Kuala Lumpur itu sangat bersih dan dia juga yang bertanggungjawab dalam isu pembayaran sewa rumah.


Bagaimanapun komen Ashry yang seakan mengambarkan orang Kelantan sebagai pengotor tidak disenangi oleh sebahagian pengguna Twitter yang lainnya.

Mereka berpandangan Ashry secara rambangnya melakukan tindakan 'pukul rata' terhadap seluruh orang Kelantan atas apa yang terjadi ke atas kakaknya. Malahan tweet sebegitu juga berbaur perkauman dan hanya akan mencetuskan lebih banyak permusuhan kata sesetengah netizens dalam respon kepada Ashry.


Bagaimanapun Ashry kelihatannya mempertahankan tindakannya itu. 

"Ramai yang marah sebab aku mention negeri. Yang marah ni nak tong tong keluar duit baiki kerosakan ke? Kalau nak tong tong aku bagi nombor account," katanya dalam satu tweet balasan kepada pihak-pihak yang terasa dengan tweet beliau.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan pelajar-pelajar itu akan menghubungi ahli keluarga masing-masing bagi membincangkan tuntutan ganti rugi. - Sozcyili

Share this :

Previous
Next Post »