t>

Breaking News

Sepatutnya Suami Tolong Isteri Buat Kerja, Bukan Tahu Marah dan Arah Sahaja.

 
Semalam sebak melihat seorang wanita berjalan di parking membawa empat orang anaknya. Semuanya masih kecil lagi. Seorang sedang didukungnya. Suaminya laju ke depan dan memabwa satu plastik barang kecil sambil sebelah tangannya menatap telefon bimbit. 

Gambar - The Reporter
Bila tengok dua anak tadi tidak memegang tangan ibunya dan biasalah anak-anak cuit-cuit dan bergurau dengan adik-beradiknya. Saya memberhentikan kenderaan dan menyuruh mereka melintas. Saya tunggu sampai mereka dekat dengan kereta dan masuk kereta. 

Suaminya menjerit dan memarahi isterinya. 

"Apalah awak ni, kan kereta tu. Tengoklah anak sikit. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Kan parking, itupun tak reti. Lambat sangat, cepatlah sikit. Kereta nak jalan tu," suaminya marah-marah dan macam nak baling barang dalam kereta dan tutup pintu kereta dengan kuat. 

Sedih saya tengok. Ya Allah, berilah kelembutan kepada suaminya. Betapa wanita itu tabah dan diam sahaja, sedangkan dia pegang baby dalam pangkuannya. Anak ada tiga lagi. Nak pegang guna apa agaknya? Biarlah kereta lain tunggu dan memang sepatutnya ibu mengandung dan membawa anak kecil diutamakan. Cuba kita cuba uruskan (berada dalam situasi wanita itu). 

Ya Allah, rasa sebak sebab anak-anak saya pun masih kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. Empat orang anak-anak kecil diuruskan oleh bidadari saya. Hanya Allah yang membalas segala kebaikan dan pengorbanannya. 

Isteri mengandung 9 bulan, rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya. Hargailah ibu, hargailah isteri. Sebab itu saya selalu benar-benar mendoakan dan menghubunginya, mendengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Walaupun saya tahu saya takkan pernah dapat membalas kebaikan dan pengorbanannya sampai bila-bila. Begitulah selalunya. 

Keluhan lelaki, "Tunggu awak bersiap saja, saya sempat keluar beli barang dan balik, awak masih belum siap lagi. Cepatlah sikit." 

Kalau 15 tahun kahwin, 15 tahun mengeluh. Bila keluar rumah dan pampers anak tertinggal,

"Laa, kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers, susu dan semua yang lain-lain. Laa itu tinggal, ini tinggal, apa yang awak ingat?" 

Bagi sesetengah lelaki, siap itu siap. Bagi wanita, siap itu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers dan baju lebih sebab takut anak berak atau muntah, kunci pintu rumah dan sebagainya. 

Sepatutnya suami tolonglah buat semua perkara itu bersama-sama. Kalau tak nak tolong pun, janganlah mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah melakukan semua perkara itu bersama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri. 

Pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik, tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi kebanyakan isteri yang uruskan semua perkara. Ada yang tak berterima kasih, sebaliknya kena marah pula. Ya Allah. 

Kita marah bila isteri dan anak-anak tak dengar dan buat mengikut apa yang kita mahukan. Isteri dan anak kita Allah yang punya. Kita semua Allah punya. Sehingga ke hari ini, banyak perintah Allah yang kita sepatutnya buat belum sempurna. Akhlak kita belum ditetapkan seperti apa yang Allah mahukan. Kita bukan siapa-siapa, tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah segala-galanya. 

Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah, berkasih sayang.