t>

Breaking News

Shell Out Kuih Raya Dikecam Netizens, Ini Penjelasan Cikgu.

Beberapa hari lepas tular satu gambar yang merujuk kepada majlis sambutan hari raya di kawasan sekolah. Sekolah Kebangsaan SK Santan yang terletak di Kangar, Perlis telah mengadakan satu jamuan secara konsep Shell Out - bagi mengumpul kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.

Berikut gambar yang tular itu;


Bagaimanapun konsep Shell Out - kuih raya itu menerima kecaman bertubi-tubi dikalangan netizens. Ada yang berpandangan ia kotor, tidak sesuai, kuih akan pecah, murid-murid akan pegang sesuka hati, membazir.

Namun ada juga yang mengecam kerana semua benda pun nak tiru budaya barat padahal Islam sudah menganjurkan satu cara hidup yang lengkap. Pelbagai reaksi yang netizens tunjukkan apabila melihat penyebaran gambar tersebut.

Dalam pada itu, Mstar ada menyiarkan penjelasan dari pihak sekolah terbabit. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Santan, Noramini Abdul Rani tampil menjelaskan bahawa konsep ‘shell out’ kuih raya bukan perkara baharu di kebanyakan sekolah semasa jamuan hari raya, malah pihaknya juga telah melaksanakannya sejak beberapa tahun lalu.

Tanpa paksaan, beliau menjelaskan bahawa murid-murid diminta untuk membawa kuih raya, selain hidangan makanan dan minuman lain yang disumbangkan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Kita tidak memaksa mereka untuk membawa kuih raya. Tetapi konsep ‘shell out’ ini bagi membolehkan semua murid dapat berkongsi makanan mereka bersama lain.

“Tambahan pula ada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Konsep ini membolehkan murid-murid terbabit berpeluang merasai kuih raya yang tidak dibawa atau belum pernah dirasai mereka,”.

Beliau menambah, masalah berebut juga tidak timbul kerana setiap kelas terlebih dahulu diberikan juadah utama seperti bihun dan minuman sebelum masing-masing bergilir beratur untuk mengambil kuih raya sebagai hidangan sampingan.

Kita memberikan peluang setiap murid mengambil kuih raya. Mereka juga dinasihatkan untuk membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menikmati juadah,” katanya sambil menambah bahawa tisu turut disediakan di meja ‘shell out’.

Mengenai kritikan netizen bahawa konsep tersebut hanya menyaksikan pembaziran, Noramini berkata, perkara itu tidak berlaku kerana setiap murid dialu-alukan untuk membawa balik baki kuih raya mahupun juadah raya yang lain.

Murid-murid akan menggunakan bekas masing-masing untuk membawa lebihan kuih raya. Semuanya masih dalam keadaan baik jadi ia boleh dimakan mereka, malah boleh dikongsikan bersama keluarga di rumah.

“Apa yang lebih penting adalah konsep jamuan raya ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim bahkan membangkitkan keseronokan dan kegembiraan mereka menyambut hari raya,” katanya.

Selain gambar di atas, gambar majlis sambutan hari raya Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, yang terletak di Perlis turut tersebar di media sosial, sekolah itu juga mengadakan konsep Shell Out - kuih raya di sekolah. - Sozcyili