t>

Breaking News

SHELL Yang Salah Sebab Buat Patung Perempuan Padanlah Kena Raba, Eh Logik Ke?

Ada brader ni buat aksi tak senonoh kat patung kadbod perempuan Shell. Ramai yang kecam lelaki tu. Dan yang paling tak masuk akal, ada juga yang salahkan Shell.
Kata diorang, Shell bersalah sebab letak gambar perempuan tu. Disebabkan wujudnya gambar perempuan, lelaki buat benda tak senonoh pada gambar itu. Kalau takda gambar tu, takdalah lelaki nak buat benda-benda macam tu.
Maka, Shell pun patut disalahkan dan perlu turunkan semua gambar perempuan tu bagi mengelakkan benda camni berlaku lagi. Ini kata geng-geng yang menyalahkan Shell.
Inilah namanya, victim-blaming.
Perempuan kena rogol, kita salahkan perempuan tu sebab pakai seksi. Perempuan kena cabul, kita salahkan perempuan tu sebab menggedik-gedik. Perempuan kena gangguan seksual secara tulisan, kita salahkan perempuan tu sebab dia tak pakai tudung.
Kita rasa apa-apa kejadian yang melibatkan seksual, kita selalu meletakkan kesalahan itu 50-50 kepada pelaku dan mangsa.
Seolah, kita nak tutup sebelah mata kita untok terima hakikat yang lelaki takkan buat sesuatu sekiranya tidak didorong oleh pelakuan dan pakaian perempuan.
Bahkan, ada antara kita meletakkan hampir kesemua kesalahan ke atas perempuan. 'siapa suruh pakai seksi.padan muka.memang patut kena rogol', demikianlah kata-kata mereka.
Gambar - Viral FB
Ya, pemakaian dan pergerakan badan si mangsa menyumbang ke arah jenayah seksual ni. Tetapi, kau tak boleh anggap satu-satunya sebab lelaki merogol perempuan adalah disebabkan pemakaian perempuan semata-mata.
Kalau pemakaian seksi tu dijadikan satu-satunya sebab perempuan dirogol, kes rogol ke atas perempuan bertudung, berjubah, malah berpurdah, takkan berlaku.
Kalau betul pemakaian seksi itu dijadikan sebab utama mengapa perempuan itu dicabul, kenapa brader yang buat aksi tak senonoh kat patung kadbod Shell tu, tak buat aksi senonoh kat gambar-gambar Victoria Secret? Gambar kadbod Shell tu berudung kot. Malah tutup dengan sempurna lagi.
Jadi apa sebab utama benda-benda macam ni berlaku?
Ya, sebab utamanya adalah pelaku yang tak dapat kawal diri. Pelaku jenayah ni tak boleh kawal nafsu serakah. Pelaku jenayah ni dah takda rasa takut untok lakukan jenayah sebab nafsu dah menguasai diri.
Bila dah tak boleh kawal diri, tak kiralah orang bertudung ke, perempuan berpurdah ke, gambar perempuan pakai bikini ke, dia akan berani nak buat gangguan seksual, cabul dan rogol, kepada perempuan tersebut hatta dengan gambar sahaja sekalipun.
Lelaki kalau boleh kawal diri, takkan terjadi benda-benda cabul mencabul ni. Datanglah perempuan bogel macam mana pun, kalau boleh kawal nafsu, takkan terjadi kes-kes ni.
Jadi, dengan meletakkan pemakaian dan tindak-tanduk perempuan sebagai sebab utama yang mengundang kes jenayah seksual ini, bukanlah satu pemikiran yang bijaksana. Si pelaku kita kasihankan, yang si mangsa pulak kita salahkan.
Ini bukanlah budaya yang baik dalam masyarakat kita.
Takut-takut suatu hari nanti, kalau ada kes bunuh, ada jugalah manusia yang salahkan orang yang dibunuh dengan alasan: 'itulah, siapa suruh hidup. Kalau mati, takda lah kau kena bunuh. Lain kali, mati je.'
--------------------
Perbuatan buat isyarat lucah pada patung gambar kadbod kat Shell tu bukan main-main ya tuan-tuan dan puan puan sekalian.
Dalam undang-undang negara kita, Seksyen 509 Kanun Keseksaan ada tulis ciri-ciri jenayah berkenaan mengaibkan kehormatan seseorang melalui perkataan atau isyarat:
"Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."
Dalam kes patung Shell ni, diorang ni ada memenuhi kriteria yang disebutkan dalam Seksyen 509 ini iaitu:
1) Membuat isyarat yang mengaibkan kehormatan.
2) Menggangu kesantunan seseorang.
Benda ni bukan main-main. Masuk penjara sampai 5 tahun tau. Hari ni masuk penjara, keluar-keluar dah boleh tengok kereta terbang.
Nak buat sekadar gurau, kau buatlah dengan member-member kau saja. Ini sampai ambik gambar, lepas tu upload pulak kat media sosial, itu namanya cari nahas.
Kalau si pemilik gambar tu report kat polis, kau masuk mahkamah, pandai-pandailah cerita kat hakim tentang tujuan kau ambik gambar perempuan tu dengan aksi lucah.
Kalau kau rasa hakim boleh terima alasan 'saya hanya sekadar bergurau', bernasib baiklah kau.
Tapi kalau hakim tak terima, hm...