t>

Breaking News

SPAD Ni Ada Fungsi Ke? Surat Terbuka Untuk SPAD Dari Rakyat Prihatin.

Oleh : Zack TPG
TAJUK : S.P.A.D
Assalam"mualaikum dan salam satu Malaysia. Saya sebagai pengkaji selidik kemalangan persendirian, ingin bersuara sedikit mengenai SPAD. Saya rasa semua Rakyat Malaysia faham maksud SPAD. Maksudnya : SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT. Adakah SPAD ni faham tentang pengangkutan awam ??? Kadang-kadang saya melihat lori pun SPAD tahan.
2. Saya memang menyokong SPAD. SPAD menggantikan LPKP. Dulu nama LPKP cukup cantik, tapi sayang tidak aktif macam SPAD sekarang. Maksud LPKP : LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN. Apabila nama LPKP baru la boleh kacau semua jenis kenderaan yang berdaftar. Kenapa LPKP ditukar kepada SPAD ??? Ceritanya dulu bas di Malaysia ini kerap berlakunya kemalangan. Sebab itu LPKP ditukar kepada SPAD. Kononnya SPAD lebih baik dari LPKP. Apa yang saya lihat sama sahaja, sedikit pun tidak ada perubahan.
3. Sebab apa tidak ada perubahan??? Sebabnya dari dulu sampailah sekarang, yang dipantau hanyalah pemandu-pemandu bas ekpress. Bukannya pengusaha-pengusaha bas ekpress. Adakah pihak SPAD membuat kajian menyeluruh atau mengikut kajian dan fikiran sendiri sahaja??? Saya melihat di Malaysia ini jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang ditubuhkan. Tetapi semua tidak memberi hasil yang terbaiikkk.. Kerana apa??? Semuanya kerana kuasa dan pangkat. Masing-masing berebut hendakkan nama sahaja. Sebab itu Akta Undang-Undang boleh dipinda dari tahun 1987 ke tahun 2010. Ini sudah terang-terang menampakkan berebut kuasa antara JPJ, POLIS TRAFIK, PUSPAKOM, MIROS, JKJR DAN SPAD.
4. Jikalau beginilah caranya sampai bila-bila pun tidak akan ada jalan penyelesaian yang terbaiikk. Sampai bila-bilalah pemandu bas kena tindas, sedangkan pengusaha mengaut keuntungan. Setelah saya membuat kajian. Banyak kelemahan yang ada. Saya akan beri contoh-contohnya;

Gambar - Zack TPG
i. BADAN BAS
Badan bas sekarang ini amat berbeza dari badan bas zaman dulu. Dulu bas semua enjin di hadapan dan badan bas yang diperbuat dengan besi yang kukuh dan kuat. Sebab itu apabila berlakunya kemalangan, dia akan terhalang daripada besi tembus masuk ke dalam. Badan bas sekarang enjin di belakang. Di hadapan bas hanya fiber dan besi kosong. Jangan dikatakan terlanggar belakang lori. Saya rasa terlanggar tiang platform pun boleh pecah dan hancur.
ii. TAYAR
Bila hari perayaanlah baru ada pemeriksaan tayar. Jikalau tidak ada perayaan, pemandu memberitahu kepada penyelia syarikat. Penyelia syarikat menjawab dengan mudah sekali. Jalan dulu, tayar tidak ada sekarang.
iii. SISTEM BRAKE
Sistem brake bas ini bergantung kepada angin. Apabila bocornya angin brake mungkin kurang berfungsi. Puspakom hanya test menggunakan mesin. JPJ menggunakan kepandaian. Sebenarnya tidak sama fungsi waktu bas berjalan dengan waktu bas berhenti. Sebab itu saya tidak benarkan kenderaan persendirian menyelit secara mengejut di hadapan bas. Sebab brake bas tidak sama fungsi dengan brake kereta.
iv. TALI PINGGANG KELEDAR
Tali pinggang keledar ini tidak boleh dipakai pada pinggang sahaja. Takut apabila bas membrake kecemasan. Badan penumpang terputus dua. Tali pinggang keledar mestilah letak silang dari bahu macam tali pinggang kereta.
v. SISTEM GPS
Saya rasa SPAD telah mewajibkan bas ekspres dilengkapi dengan Sistem GPS. Tetapi kenapa tidak diguna pakai??? Tidak payah SPAD hendak buang duit minyak buat rondaan dan speed trap di lebuh raya. Pasang saja screen tv di pejabat SPAD dan tulis dekat tepi screen TV itu nama syarikat bas. Cukup mudah kerja itu.
5. Tadi adalah contoh dari bas. Sekarang saya bagi contoh pemandu bas. Adakah SPAD ada mengikuti peraturan seperti yang dibuat oleh MIROS???
i. GAJI PEMANDU BAS
Kenapa pihak SPAD tidak pantau gaji pemandu bas??? Adakah semua syarikat membayar gaji pokok Rm900 mengikut sistem kerajaan syorkan??? Selebihnya mengikut elaun trip. Saya rasa sekiranya pemandu bas diselaraskan gaji. Mungkin ini satu langkah yang baik.
ii. 8 JAM PEMANDUAN SEHARI DALAM MASA 24 JAM
Adakah SPAD ada mengikuti peraturan tersebut??? Adakah pihak SPAD ada menyemak buku log pemandu???
iii. 6 HARI BEKERJA DALAM MASA SEMINGGU
Adakah pihak SPAD ada memantau hari cuti pemandu bas? Mungkin hari biasa syarikat boleh beri cuti. Bila musim perayaan pemandu bas tidak mencukupi. Bila berlaku apa-apa, siapa yang dipersalahkan???
6. Pemandu bas ini sepatutnya dijaga kebajikkannya. Agar mereka tidak ada tekanan. Apabila mereka tidak ada tekanan, mereka memandu dan bekerja dengan seronok. Pemandu bas ini terlalu banyak tekanan seperti;
- berjauhan dengan keluarga
- tekanan dengan pehak berkuasa
- tekanan dengan penumpang
- tekanan dengan syarikat
- tekanan dengan keadaan persekitaran
- dan jugak tekanan dengan pemandu kenderaan persendirian
7. Saya berharap agar SPAD dapat membuat kajian yang menyeluruh. Bukannya sekadar mangaut keuntungan dan menunding jari kepada satu pihak sahaja. SPAD ini sepatutnya bergabung dengan semua jabatan dan agensi lain. Bernaunglah di bawah satu bumbung dan bekerjasama. 
Bertindak jangan ikut kuasa, keuntungan dan kepentingan. Barulah semua masaalah dapat diatasi. Saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Yang salah dan silap dari saya. Yang betul dan benar dari Allah Swt.
Sekian terima kasih. Saya sedia bekerjasama dengan semua pihak.