t>

Breaking News

Takde Siapa Yang Akan Kisah Pasal Kau Kecuali Kau Tu Lawa, Kaya Atau Dah Mati.

Jom kita ikuti perkongsian menarik pengalaman Cik Zulaikha, seorang pensyarah Segi College Penang yang berjaya menurunkan berat badan dari 103 kg kepada 45 kg.
"Takde sape akan kisah pasal kau kecuali kau tu lawa, kaya or dah mati"
** Catatan Eka, berbadan morbid obese (gemuk melampau), BMI 43, berat 103kg. Tinggi 152cm.
Gambar - Zulaikha Fallen
Statement di atas tu, memang saya pegang-sepegangnya sampaikan merosakkan diri saya. Betul saya berbadan obese sampaikan bentuk fizikal ni menghancurkan self esteem dan keyakinan diri saya. Salah sape? Salah diri sendiri yang buat badan sampai ke tahap tu. Betul Eka, ade macam-macam faktor luaran yang lain tapi majoritinya bergantung dengan kau Eka. Ade ke orang sumbat makanan dalam mulut kau Eka? Takde kan..
Eka, masa zaman sekolah menengah, kadang timbul perasaan 'jeles' bila tengok orang geng lawa-lawa di sekolah selalu dapat perhatian. Ada pulak dapat couple diam-diam (sekolah agama so hal couple-couple ni dirahsiakan sesama kawan-kawan). Betul la tu kita selalu dengar mana boleh couple-couple tapi still, perasaan tu ada.
Jeles tengok orang lawa-lawa ini ramai orang minat. Si Eka ini sudah la obese, kulit pun kusam. Mana la orang nak pandang kan.. lagi la rasa saaangat-sangat inferior. Terasa macam orang lawa-lawa ni je boleh berjaya. Orang macam saya ini layak di belakang je.
Haish.. rosak mentality kau Eka. Dulu masa sekolah zaman saya takde whatsApp ini so kalau nak kenal-kenal melalui telefon nokia 3310 (33 sekupang) ini. Pernah kenal dengan si jejaka ni melalui ruang kenalan komik Kreko! Haha dari situ kenal la kenal.. start macam jatuh hati tapi tak pernah tengok rupa. Just telefon call (maafkan saya mak ayah). Sampai satu hari ni beliau mintak nak tengok gambar. Maka bawa la camera pergi sekolah, ambil gambar dan pergi hantar cuci gambar! Gigih tul.. Post la gambar tu.. tunggu dan tunggu beliau ini hantar message last;
"Sudah dapat surat"?
Lepas tu diam seribu bahasaaaaaa. Sampai la tahun 2016, beliau pm Facebook saya (sebab ade post gambar before after dalam group atkins) ini cakap;
"Ini bukan Zulaikha sekolah agama tu ke? Ni *** la yang dulu tu!"
Saya start tengok-tengok Facebook beliau dan jawab;
"Oh.. yang lepas hantar gambar pastu terus diam tu?"
Haha. Sentap kejap dan beliau minta maaf. Ala dulu time sekolah tak matang semua. Still berkawan sampai sekarang. Benda sudah lepas dan begitulah hakikat masyarakat kita.
Bende sudah lepas so saya pejamkan mata. Berkawan je. Tak lebih.
Beliau yang membaca ni, saya tak expose nama. 
Jangan risau ðŸ˜‚ 
Berbalik ke mentality saya yang dulu, selalu saya rasa apa yang negative berlaku dalam hidup saya disebabkan orang benci dengan badan saya yang tak terurus. Di situ, semua saya salahkan masyarakat tapi tak pernah nak salahkan diri.
Sampai la satu hari mungkin la terdetik dalam hati, nak cuba bagi diri ni satu lagi peluang.
Slow-slow cuba kurangkan berat badan. Benda ini makan masa. Bukan kejap-kejap. Dalam process penurunan itu la saya tertanya-tanya dalam diri.
"Hmm sejak turun badan rasa cam org layan baik sikit"
"Hmm sejak turun badan ni raae cam happy sikit life"
Masih lagi saya rasa pegang dengan, "orang tak akan kisahkan kau kecuali kau tu lawa, kaya or sudah mati"
Sampai sekarang, benda penting yang saya belajar..
Mentality yang saya pegang dulu tu saaangat-sangat salah. Kenapa? Gini..
Bila kita berbadan besar (berat berlebihan), benda ini akan effect self esteem kita, effect penampilan kita dan effect kulit kita akan jadi kusam dan maaaacam-macam lagi effect negative.
Selalunya orang begini akan rasa inferior dan negative kat orang lain. Jauh di sudut hati, kita tak boleh terima keadaan diri tapi kita demand hendak orang terima kita.
Terima diri ini seadanya? BONGKAK! Kau bongkak Eka!!
Sendiri rosakkan diri, sendiri tak jaga amanah badan Tuhan bagi tapi kau demand orang terima? Kau bongkak Eka!
Eka, disebabkan kau inferior dan negative, benda ini effect sikap dan pembawakan personality kau.. kau defensive. Jadi macam mana orang nak baik dengan kau eka?
Betul Eka betul, ada masyarakat kita yang keji dan hina orang berbadan macam kita tapi kau jauh lebih tau tak berbaloi layan orang begitu. Tugas kau Eka untuk jaga amanah badan Tuhan bagi.
Bukan disebabkan putus cinta, bukan disebabkan nak tayang kat ex, bukan sebab nak pakai baju ketat-ketat Eka.
Betul ujian tu ada.. ujian terasa nak pakai baju ketat-ketat sebab apa function turun badan penat-penat tapi tak boleh tayang kan? Ape function turunkan badan kalau tak boleh tunjuk kat ex yang dia sudah rugi kan? Bisikan syaitan tu ada.. cuba la kawal Eka. Betul kadang benda tu yang bantu kita kuatkan semangat hendak turunkan badan tapi still, kawal Eka kawal.
Niat kau salah, di kemudian hari nanti kau akan bermasalah Eka. Kau gemuk ke kurus ke tulang ke kerengga ke memang akan ada ujian.
Awak-awak.. cuba la untuk kali ni, jangan give up.
Awak.. kali ni, perbetulkan niat.
Awak.. kalau sendiri tak bantu diri, takde orang boleh tolong awak.
Perbetulkan niat, Insyaallah dipermudahkan perjalanan.
Kalau semua orang sempurna sahaja boleh menegur, tak akan ada yang menegur. Ye tak?
--------------------
Starting weight : 103kg
Current weight: 44-46kg (maintain)
Height : 152cm
Duration : 1 year, 2 months