t>

Breaking News

Anak Dikecam Netizens Kerana Kaya-Raya, Ini Jawapan Bapa Kepada Pengkritik.

Beberapa hari lepas, portal Sinar Harian ada menerbitkan satu berita tentang kisah seorang wanita kaya yang dikenali sebagai Nur Syamimi, 24 tahun. Wanita tersebut ialah seorang ahli perniagaan yang memiliki kilang untuk memproses kayu balak di Kelantan. Beliau sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak, suaminya pula telah mendapat gelaran Dato, juga di usia yang sangat muda. 
Sungguhpun ramai yang memuji kejayaan pasangan tersebut terdapat komen-komen yang mempertikaikan kekayaan pasangan suami isteri itu dan respon-respon negatif itu mendapat perhatian dari bapa kepada salah seorang pasangan suami isteri itu.
Ali Zaik Bin Ibrahim, seorang pendakwah telah menulis panjang lebar bagi meluahkan kekecewaan beliau terhadap netizens yang mengecam tanpa usul periksa.
Gambar - Ali Zaik Bin Ibrahim
Berikut adalah luahan hati bapa itu;
Rasa sedih, kecewa dan marah pada komen-komen negatif serta sindiran dan cacian..



Anak, menantu belajar sambil bekerja, menjaga anak membuat pelbagai kerja untuk menampung kehidupan berkeluarga..


Kehidupan mula berubah dari miskin kepada kaya-raya hasil kejayaan perniagaan..

Tidak adil anak dikecam sedangkan dia telah bersusah payah sejak berusia 18 tahun, bukan seperti remaja lain yang melepak, berseronok..


Meskipun telah memberikan penjelasan yang panjang lebar, terdapat netizens yang mempertikaikan penjelasan tersebut. 
Ada yang menyoal dari segi usia yang dikatakan tidak selari dengan jalan cerita, ada juga yang mempertikaikan tentang kelayakan akademik yang dianggap tidak benar, mustahil Diploma dalam masa setahun dan beberapa perkara berbangkit yang lainnya.
Facebook - Ali Zaik Bin Ibrahim
Ali Zaik kemudiannya menjawab mungkin atas faktor usia beliau terlupa beberapa perkara penting seperti fakta tentang umur anak dan perkara-perkara yang dibangkitkan netizens. - Sozcyili.