t>

Breaking News

Kes Kematian Farhan, Mahkamah Tangguh Bicara, OKT Bawa Alquran.

Menurut laporan Harian Metro, perbicaraan kes kematian Zulfarhan, penuntut UPNM yang mati akibat didera ditunda ke 15 September berikutan dokumen representasi kelima-kelima penuntut yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut, Allayarham Zulfarhan ditolak Jabatan Peguam Negara kerana tidak lengkap pada kelmarin. 

Gambar - Harian Metro
Pengumuman tersebut dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. Dalam pada itu, laman Facebook Justice for Farhan, berkongsikan satu gambar yang memaklumkan bahawa mahkamah dipenuhi tetamu ketika perbicaraan diadakan. 

Sumber tersebut turut memberitahu bahawa sesetengah Orang Kena Tuduh (OKT) membawa dan memeluk al-Quran ketika memasuki ruangan mahkamah. Kesemua 19 OKT didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Kronologi Kematian Zulfarhan
Gambar - Justice For Farhan
Bagi lima OKT, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri dibaca satu lagi pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan. 

Manakala seorang lagi OKT, Abdoul Hakeem Mohd Ali pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati kerana bersubahat dengan kelima-lima OKT kerana melakukan perbuatan berkenaan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei yang lalu. 

Sumber video (Justice For Farhan).