Kenapa Harga Ambulance Mahal? Ini Jawapan Dari Doktor..

Isu Ambulans adalah sebuah isu yang straightforward sebenarnya.
KKM pada awalnya memaklumkan, pembelian ambulans sejak tahun 2010 sehingga sekarang berjumlah hampir RM400 juta ringgit, melibatkan 952 buah ambulans.
Manakala dalam pembelian tahun ini sepertimana yang dilaporkan dalam majlis penyerahan baru-baru ini adalah sebanyak 500 buah, melibatkan kos RM252 juta.
Gambar - Mohd Syamirulah Rahim
Namun terdapat kekeliruan apabila dikatakan 500 buah itu yang berharga RM400 juta. Itu tidak tepat. Sebetulnya 500 buah ambulans berharga RM252j sahaja, iaitu sekitar RM400,000 sebuah.
Mahalnya, ambulans harga RM400,000 sebijik! Boleh beli rumah tu!
AMBULANS MAHAL?
Ambulans semata-mata sudah satu hal. Ini kerana ambulans bukan boleh dibeli di kedai-kedai jualan automobil sesuka hati. Ambulans memerlukan spesifikasi dan modifikasi tertentu yang spesifik, contohnya seperti sirens dan ruangan dalaman khas.
Dan harga RM400,000 tersebut juga termasuk dengan peralatan-peralatan khas. Berikut antara peralatan yang biasa terdapat didalam sesebuah ambulans (sumber gambar dari Google).
1: Defibrillator With Vital Signs Monitoring : Contohnya yang pernah saya gunakan di ambulans, adalah dari jenama Lifepak. Harganya mencecah RM17,000 sebuah. Semua pesakit akan dipakaikan dengan vital signs monitoring, tidak kiralah mangsa kemalangan, panggilan ke rumah, mahupun untuk kegunaan transfer.
Dalam press statement mengatakan ambulans terbaru ini turut dilengkapi dengan kemudahan telemetry iaitu buat ECG dalam ambulans (dalam perjalanan), doktor di jabatan kecemasan boleh baca terus! Ini penting kerana contohnya kes serangan jantung, rawatan seperti ubatan thrombolysis atau PCI (angio) boleh terus bersiapsiaga. Of course lebih mahal menatang ni.
2: Syringe Pump Pack Set
Ubatan-ubatan tertentu, adakalanya perlu diberikan melalui infusion syringe pump. Terutamanya pesakit yang transfer yang memerlukan rawatan seperti infusion inotrope (ubat sokongan tekanan darah)
Ini jenama syringe infusion pump yang biasa kami gunakan, OmniFuse. Harga sebiji, RM8000. At least 3 biji setiap ambulans.
3: Suction unit
Untuk menyedut apa sahaja, dari kahak hinggalah darah, Contohnya kes pesakit yang intubated (bantuan pernafasan), tersedut kahak. Hinggalah kes kemalangan yang berdarah penuh dalam mulut.
Ada yang berbentuk custom design yang tak boleh dicabut dari ambulans, dan ada juga yang boleh mudahalih dibawa turutn (ke tempat kemalangan, contohnya). Harganya sekitar RM1000 ke RM2000 agaknya.
4: Oxygen Tank & Output
Of course setiap ambulance perlu ada supply oxygen. Benda ni perlu modify ambulance siap dengan piping yang tersendiri, dan ruang penyimpanan tangki oksigen.
5: Syringes and Needles
6: Emergency Drugs
Kedua-dua ini boleh difahami.
7 & 8: Peralatan tambahan - seperti mask untuk pesakit pediatrik, peralatan intubasi, bekalan drip.
9: Sarung Tangan Disposable
Pun boleh faham/sedia maklum.
10: Stretcher
Stretcher yang digunakan ambulans, berbeza dengan stretcher di hospital/wad/jabatan kecemasan. Ianya lebih ringan, boleh lipat, dan ada yang boleh diceraikan/ditanggalkan untuk tujuan "scoop" pesakit.
Stretcher ini juga perlu di-custom made dengan ambulans, kerana "tapak" stretcher tersebut perlu dipasang bagi memudahkan stretcher ini disorong masuk ke ambulans.
12: Ventilator Portable
Ventilator adalah alat bantuan pernafasan, contohnya terdapat di bilik bedah dan di ICU. Adakalanya pesakit memerlukan bantuan pernafasan / intubated, perlu dipasang ventilator untuk perjalanan jauh, contohnya kes transfer.
Harganya boleh mencecah RM30,000 setiap satu. Contohnya yang pernah saya gunakan, dari jenama PneumoPac.
****
Barang-barang dalam ambulans ini, bukannya boleh dibeli dari laman web borong seperti Alibaba atau Lazada. Sesetengah orang berpendapat, disebabkan beli secara "borong/pukal", sepatutnya harganya lebih murah.
Hal ini tidak tepat. Ini kerana dalam bidang kesihatan terutamanya, setiap tempahan peralatan untuk kegunaan pesakit perlu melalui proses kualifikasi yang ketat. Di KKM, kita ada badan khas MDA (Medical Device Authority) yang bertanggungjawab memeriksa, mengawalselia, dan meluluskan penggunaan mana-mana peralatan perubatan khasnya untuk kegunaan hospital atau klinik kerajaan.
Peralatan-peralatan ini perlu dipastikan selamat, serta kalibrasi perlu dilakukan untuk tempoh masa jangka panjang. Harga ini juga tidak termasuk proses maintainance.
Walau macam mana kita explain sekalipun mengenai ambulans, yang boleh kita katakan adalah - hanya mereka yang pernah menaiki ambulans sahaja akan mengetahui kelengkapan didalamnya. Pun begitu, kami sama sekali tidak mahu "mendoakan" anda mengalami perasaan berada didalam ambulans.
Untuk memahami bagaimana perasaan saya ketika didalam ambulans membawa kes kritikal, anda boleh dapatkan novel H.O dan membaca cerpen saya bertajuk "Aireen" :
***
Ambulans tersebut laju membelah jalanraya. Sirennya berbunyi, mengenepikan semua kenderaan di jalanraya.
Peluh berlinangan di dahi Dr. Syamirul, tatkala tangannya tetap memicit ambu bag. Matanya menjeling ke arah monitor berhampiran, memastikan oksigen yang diterima anak kecil ini, kekal mencukupi.
"Allahu akbar...adik...lenguhnya tangan abang..tolong lah selamat adik..." bisik perlahan hati kecil Dr. Syamirul.
Sudah lebih sejam mereka dalam perjalanan didalam ambulans, bermaksud, lebih sejam Dr. Syamirul memicit ambu bag itu.
"Tolonglah adik bila besar nanti, jadilah orang yang berguna...jadi anak yang solehah..untung-untung mengalir kepada abang pahala..taklah sia-sia abang berhempas pulas selamatkan nyawa adik.."
Tettt....bunyi nada mendatar panjang kedengaran dari monitor tersebut, sambil tertera nombor kosong!
****
PS : Ala, ambulans mahal-mahal pun, bukan "korang" nak bagi jalan masa tengah trafic jem. =p

Share this :

Previous
Next Post »