Kes Alif Aziz, Sekarang Baru Rakyat Malaysia Tahu Perjuangan Saya Kata Zed Zaidi.

Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, memberikan pandangan beliau mengenai kontroversi yang terpalit di antara Aliff Aziz dan isterinya yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia baru-baru ini.

Zed Zaidi yang ditemui oleh portal hiburan Rotikaya menyifatkan insiden itu sebagai mencemarkan imej artis di Malaysia.
Zed Zaidi
Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita

Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihati agar Aliff Aziz tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah

Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” kata Zed Zaidi.


"Dari sudut industri apa yang aku boleh cakap, lue memang tak respect artis Malaysia. Ini kali pertama yang kau buat depan mata baru orang lain sedar, rakyat Malaysia sedar, inilah masalahnya artis luar ini. Jadi inilah perjuangan saya daripada dulu lagi sampai sekarang. 

Sampailah baru-baru ini yang saya buat laporan polis, ada yang artis luar kena ban, jadi ini yang berlaku terhadap artis luar. Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukan artis luar ke Malaysia ni, disebabkan benda-benda macam ini," katanya lagi kepada wartawan RotiKaya. - Sozcyili.

Video ;
 

Share this :

Previous
Next Post »