t>

Breaking News

Rani Kulup Ajak Datuk Vida Kahwin Selepas Siti Kassim Tak Jawab Lamaran..

Abdul Rani Kulup menyatakan hasrat untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.
Abdul Rani menyatakan hasratnya itu selepas Siti Kassim tidak menjawab lamaran terbukanya kepada wanita tersebut. Sebelum ini Ayah - gelaran manja Abdul Rani membuat lamaran kepada Siti Kassim menerusi laman Facebook.
Gambar - Malaysiakini
"Siti Kassim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia juga macam kita yang memerlukan kasih sayang," katanya ketika membuat lamaran tersebut. 
"Ayah kan cinta wanita, seandainya kata Siti Kassim ini, tiada masalah bagi ayah. Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak boleh kan," katanya lagi.
Bagaimanapun Siti Kassim tidak memberikan apa-apa respon berhubung kenyataan oleh Abdul Rani itu. Itu membuatkan Abdul Rani membuat lamaran terbuka keduanya kepada pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida pula.
Abdul Rani berkata, beliau boleh menjadi seorang suami yang baik dan berharap agar Hasmiza dapat menerimanya, lapor Sinar Online.
"Ayah boleh menjadi suami yang baik," kata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) kepada portal itu.
Selain itu, ditanya tentang penerimaan isteri-isterinya mengenai hasrat berkenaan, Abdul Rani berkata:
"Isteri-isteri ayah 'steady'," katanya lagi yang sudah mempunyai dua isteri.
Selain ingin menjadikan isteri, Abdul Rani turut berhasrat untuk berduet dengan Hasmiza, 46.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Hasmiza untuk memilih lagu yang akan mereka berduet.
Pada awal April lalu, perkahwinan tiga tahun Hasmiza bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh.
Selepas perceraian itu, Hasmiza berhasrat mempunyai calon suami bermata berwarna kelabu seperti jejaka mat salih dan seseorang yang suka membeli-belah.
Memetik laporan media tempatan, usahawan itu berkata, calon suaminya juga haruslah menerima beliau seadanya. - Sozcyili.