Sarjan Kata Saya Bodoh Berkali-Kali Sebab Buat Laporan Polis - Mangsa Kemalangan Luahkan Perasaan.

Alkisahnya, babak pertama.

Tular di laman Facebook seorang lelak yang mendakwa dia telah teraniya selepas terlibat dengan satu kemalangan tiga bulan lepas.

Lelaki itu mendakwa pada hari kemalangan dia sedang bekerja menjaga lalu lintas berhampiran lampu isyarat berikutan kerja penyelenggaraan monorail, tiba-tiba ada sebuah kereta Myvi dipandu oleh seorang perempuan mabuk telah melanggarnya, dia terlantar dan tidak mendapat pembelaan.


Berikut apa yang diluahkan oleh individu tersebut;

Dilanggar ketika bertugas

Kena sound berkali-kali sebab memandai buat laporan polis




Luahan mangsa itu bukan sahaja tular dan mendapat simpati netizens bahkan turut mendapat kecaman dari pihak-pihak yang menyokong anggota polis. Disebabkan tular dan ramai yang mengecam pihak polis, akhirnya pihak polis tampil bagi menjawab dakwaan di laman sosial itu.

Babak kedua.

Polis bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur tampil menjawab dakwaan yang telah ditujukan kepada pihak polis itu di mana mereka menafikan ada unsur rasuah dalam siasatan kemalangan

Berikut adalah jawapan pihak polis melalui satu surat kenyataan media;


Sementara itu, lelaki tersebut dalam reaksinya di Facebooknya berkata, “Alhamdulillah selepas viral baru ada respon..Terima kasih PDRM ..dan saya ingin memohon maaf kepada Polis Di Raja Malaysia kerana niat saya bukan ingin memburukkan nama seluruh anggota..tetapi saya hanya tidak terima di perlakukan sebegini..

“Ini baru adil..sekali lagi saya ingin memohon maaf dan jutaan terima kasih kepada pihak atasan..terima kasih,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Share this :

Previous
Next Post »