Wanita Dibelasah Orang Ramai Selepas Kantoi Mengintip Rumah Penduduk.

Tular di laman sosial rakaman tiga video yang memaparkan gelagat orang kampung di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bertindak memukul seorang wanita selepas ditangkap mengintip sebuah rumah penduduk kampung.

Memetik laporan Harian Metro, gelagat mencurigakan wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mengintip sebuah rumah telah disedari oleh seorang penduduk sebelum bertindak mengepungnya dengan beberapa orang yang lain.

"Sebaik dicekup kami bertanya tujuan apa dia mengintip rumah orang.

"Bagaimanapun dia gagal menjawab sebaliknya meronta untuk melepaskan diri," katanya.

 


Menurut beliau, penduduk kampung terus mendesak supaya wanita berkenaan memberitahu siapa yang menyuruhnya mengintip rumah orang.

"Walaupun didesak tetapi wanita berkenaan tidak beritahu tujuannya berbuat demikian.

"Sebaliknya dia berkata 'sat chek nak ‘explain’," katanya. Wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Respon netizens
Dalam pada itu, netizens yang menonton video-video berkenaan bagaimanapun menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan orang kampung yang memukul wanita berkenaan.

Mana tidaknya, hanya kerana mengintip, wanita itu ditampar, dipukul dan rambut ditarik tanpa belas kasihan oleh penduduk, apa yang lebih teruk menimbulkan kemarahan netizen adalah gelagat beberapa orang lelaki yang dilihat memukul dan bajunya ditarik sehingga terselak menampakkan perut serta pakaian dalam suspek.

Share this :

Previous
Next Post »