t>

Breaking News

Dulu Saya Rotan Nak Didik, Bapa Report Polis Kini Anaknya Samseng Luah Cikgu..

Oleh : Amir Setapa


Saya Cikgu dan Kisah Bakar Tahfiz.

Sebagai seorang guru, hari ini saya melihat seorang bekas murid saya yang kini berusia lewat belasan tahun. Dia sekarang hisap dadah, sangat degil, samseng dan tidak habis bersekolah.

Masa dia darjah 5 dulu, kerana murid inilah saya dengan tidak adil ditukarkan sekolah oleh PPD kerana ayah dan ibunya buat laporan polis kerana saya merotan anaknya.

Ketika itu, saya merupakan guru sejati yang sentiasa hasilkan keputusan UPSR luar biasa untuk sekolah saya. Jiwa dan raga saya hanya untuk dunia pendidikan. Makan tidur dan segalanya di sekolah.

Kini saya hanya pegawai kerajaan dalam bidang pendidikan yang menunggu gaji setiap 25hb. Semoga cikgu-cikgu di Malaysia terus cekal, jangan jadi macam saya.

Yang 7 Orang remaja bakar tahfiz tu salah guru juga ke?