t>

Breaking News

Kami Minta Maaf Kata Keluarga Suspek Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran.

''Minta maaf,'' hanya itu yang mampu diungkapkan oleh waris kepada empat orang remaja yang ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Lelaki berkenaan yang merupakan sepupu kepada ibu suspek yang berusia 15 dan 16 tahun itu meluahkan permohonan maaf kepada semua keluarga mangsa, pelajar dan tenaga pengajar terhadap kejadian yang menimpa.

Menurut lelaki berumur 55 tahun itu, dia amat tidak menyangka yang kedua-dua anak sepupunya itu terlibat dalam kejadian kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar tahfiz berhampiran rumah mereka itu termasuk dua orang ustaz.

Menceritakan tentang dua beradik anak sepupunya itu, mereka berdua memang nakal namun sifat itu mungkin disebabkan mahu perhatian kerana ibu dan bapanya sudah berpisah.

"Bagaimanapun dua beradik itu tetap rajin membantu ibunya berniaga dipasar malam untuk menampung kehidupan mereka yang turut tinggal bersama dua adik perempuan mereka.

"Keluarga kami tidak sangka kenakalan dua beradik itu sehingga ke tahap itu," katanya ketika ditemui di Kampung Datuk Keramat, hari ini.


Menurut beliau lagi, berikutan penahanan mereka beruda itu, ibu suspek kini hidup dalam keadaan tertekan di mana dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa setakat ini.

"Sejak dua beradik itu ditahan, ibunya hanya berkurung di rumah kerana tertekan dan tidak mampu untuk berdepan dengan jiran serta penduduk sekitar kawasan ini.

"Jangan terlalu salahkan keluarga. Ibu mana yang mahukan anaknya berbuat jahat. Namun sekiranya siasatan mendapati mereka terbabit, kami bagi pihak keluarga reda sekiranya mereka dijatuhi hukuman.

"Bagaimanapun, biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu pula, seorang lagi lelaki yang merupakan datuk kepada suspek berumur 11 tahun, beliau turut meminta maaf kepada keluarga dan waris mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu.

Beliau yang juga berumur 55 tahun yang turut merupakan bapa angkat kepada seorang suspek yang berumur 15 tahum berkatam dia faham perasaan sedih yang ditanggung oleh keluarga mangsa tetapi tiada apa yang boleh beliau lakukan selain mengungkap perkataan maaf.

"Saya minta maaf kepada keluarga mangsa atas kekejaman dilakukan anak angkat saya yang saya jaga sejak usia dua hari dan juga cucu saya yang baru berusia 11 tahun.

"Tiada ibu bapa atau ahli keluarga yang mahukan anak atau cucu berkelakuan sedemikian, saya juga sedih terbayang mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati,"katanya.

Beliau yang bekerja sebagai penjaga tandas awam berkata, cucu dan anak angkatnya itu merupakan inasan yang penyayang, namun mereka capat terpengaruh dengan rakan kerana lurus bendul.

"Dua hari selepas kejadian, anak saya ada mengunjungi tempat saya bekerja di taman tasik ini dan meminta sebotol air kerana haus.

"Tiada sebarang kelakuan pelik ditunjukkan, dia ceria seperti biasa namun mengajak saya pulang ke rumah kerana katanya polis memenuhi pekarangan rumah."

"Sebaik tiba di rumah, polis mengambil gambar anak angkat dan cucu saya sebelum membawa mereka pergi dan dia mengetahui pembabitan jenayah yang dua remaja itu lakukan,'' cerita beliau.