t>

Breaking News

Perempuan Terlalu Bodoh, Mudah Percaya Iklan Walaupun Peluang Pendidikan Kita Semua Sama..

Oleh : Rusyainie Ramli

Bila saya disuakan dengan iklan yang memualkan dan meloyakan dan menjatuhkan maruah wanita, saya sangat berdukacita.
2018.
Kita masih di takuk lama. Wanita masih dimomokkan dengan nilai diri sendiri terletak pada kehebatan di ranjang. Yang menjadi masalahnya ialah apabila wanita sendiri yang merendahkan martabatnya ke paras lebih hina dari tapak kaki.


Peluang pendidikan untuk wanita sama saja seperti lelaki. Kemampuan wanita untuk menjawat posisi tinggi di dalam satu organisasi berdasarkan merit dan kelulusan akademik serta pengalaman tidak berbeza pun dengan lelaki. Saya dikelilingi wanita yang pencapaian mereka di dalam kerjaya, sudah mampu menandingi lelaki, malah lebih lagi.
Saya punya adik beradik yang kesemuanya perempuan, tetapi kelima-lima kami, abah ma pastikan kami mampu menjadi wanita yang berdikari, berkeyakinan tinggi dan mempunyai latar belakang akademik yang bukan calang-calang. Bayangkan di kalangan adik beradik saya, saya ini paling terkebelakang.


2018 sudah pun hampir sebulan.
Wanita masih ditakut-takutkan dengan kekurangan fizikal yang sengaja direka-reka semata-mata untuk melariskan produk berbaur lucah.
Ada wanita yang sampai menghantar mesej kepada saya, kerana dia diajar makan jamu untuk menegangkan payudaranya. Sedangkan dia belum berkahwin dan dia ketakutan seandainya suaminya nanti jelek padanya. Saya yang membaca mesejnya menjadi amarah pada yang bermulut celupar.
Kalau wanita itu harganya ditempatkan pada ketatnya faraj, montotnya punggung, tegangnya payudara, putih kulitnya, dan kalau itulah penanda aras yang lelaki letakkan pada saya sebagai wanita, saya protes.
Saya bangkang.
Saya bantah.
Sekeras-kerasnya.
Kerana itu bukan nilai dan harga saya sebagai wanita. Islam sendiri meletakkan wanita di tempat yang tinggi. Malangnya ada wanita Melayu membangsatkan kaum sendiri demi duit. Kemaruk sangat sehingga begitu hina dina dibuatnya wanita.
Sudah-sudahlah wanita semua! Angkatlah martabat, darjat dan harakat diri sendiri! Usah terpedaya dengan bani jamu, suplemen, calit dan klimaks yang hujungnya bertuhankan duit.
JIJIK SANGAT!