t>

Breaking News

Saya memilih untuk menyokong zaid.



Saya sebenarnya bukan lah ahli PKR. Saya sebenarnya bukan la begitu tahu tentang perjalanan politik dalam PKR. Meskipun saya sering membaca berulang-ulang kali, daripada pelbagai sumber yang saya kira agak relevan untuk dipertimbangkan kata-kata mereka, bahawa PKR ialah adik beradik UMNO. Serupa namun tidak sama. Serupa dari segi apa saya tidak jelas. Tidak sama dari segi apa, saya juga kurang pasti. Akan tetapi, semakin lama saya memerhatikan, saya semakin mulai menemui jawapan nya.


Keputusan Zaid ibrahim untuk meletak jawatan daripada semua jawatan yang dia pegang sebenarnya hanya memburukkan parti PKR. Keputusan Zaid untuk tarik diri daripada pertandingan timbalan presiden PKR juga tidak akan menguntungkan PKR. Adakah PKR masih tidak faham dan tidak nampak? Keputusan terbaru Zaid hanya akan membuatkan PKR lebih teruk dikecam oleh musuh rapat mereka, iaitu UMNO.


Cakap-cakap UMNO tentang PKR adakah ianya benar dan realiti?  iaitu PKR ialah untuk parti anak-beranak, sedara-mara, cucu-cicit dan sebagainya. Zaid sebenarnya lebih berpotensi untuk memajukan PKR berbanding Azmin Ali. Zaid juga dilihat lebih berwibawa dan lebih mampu untuk membentuk PKR yang kita lihat masakini diulit pelbagai masalah. Ini bukan soal siapa lebih lama, ataupun siapa dulu yang lebih berjuang untuk ahli2 PKR, tetapi ini soal kebijaksanaan membentuk strategi bagi memastikan sasaran dicapai dalam tempoh yang dihajatkan.


Malahan Zaid dilihat lebih berwibawa daripada datin seri Wan Azizah itu sendiri. Sejak DSAI keluar dari penjara, saya tidak berapa nak nampak hasil kerja datin. Andai ada, mungkin saya terlepas pandang dan sebagainya. Saya minta maaf. Jika datin tidak boleh focus sepenuhnya untuk PKR, maka jawatan dia haruslah diserahkan kepada yang lebih berkelayakan. Kisah Zaid ini sama seperti kisah Khalid ibrahim. Khalid ibrahim ialah seorang menteri besar yang kurang berpolitik tetapi lebih banyak buat kerja. Apa yang rakyat mahu lihat ialah kerja yang boleh membantu masyarakat, bukan nya berpolitik lebih. Akhirnya dia tersingkir dari jawatan dalam pkr. Saya semakin kurang suka melihat senario seperti ini. Senario seperti ini adalah senario yang menyusahkan PR.  suka atau tidak PKR kena terima, mereka dah banyak kali mencemari pakatan rakyat. 


Kecewa jugalah bilamana saya melihat satu icon yang boleh membantu PKR, yang boleh membawa PKR ke arah satu perubahan yang positif mengambil keputusan untuk berputus asa.  Mungkin mereka tak nampak yang zaid boleh menyatupadukan semua kaum di malaysia. Bukan semua orang mampu berbuat seperti ini. Yang kita ada dalam PKR ialah DSAI. Selepas itu? tiada lagi melainkan Zaid Ibrahim yang dilihat lebih menyerlah di antara kebanyakan pemimpin2 PKR. Saya tidak berapa nak mempercayai kata-kata negatif orang lain tentang Zaid. Memang ada terbaca, konon nya zaid lebih mementingkan kaum lain la, apa la, entahlah betul atau tidak saya tidak tahu dan tidak pasti. Tetapi, saya percaya Zaid tetap boleh membawa perubahan yang positif buat PKR.  Terima kasihlah saya ucapkan kepada tangan-tangan politik kotor yang ada dalam PKR. Saya jadi tawar ahti kepada PKR. Sejak beberapa bulan yang lepas saya juga jadi tawar ahti kepada DAP. Saya terpaksa cakap, sebab saya mula melihat wajah sebenar DAP tanpa topeng. saya terpaksa cakap yang DAP ini tidak secantik yang kita lihat di luar ini. Malahan saya berharap sangat2 kali ini, agar PAS boleh membawa haluan dia sendiri. Saya tak rasa kita perlukan kuantiti dalam perjuangan. Apa yang penting ialah kualiti. Kuantiti hanya akan merosakkan jemaah. Beberapa pemimpin DAP adalah penipu dan pelakon yang cukup bijaksana. Ini juga terdapat dalam PKR. Di depan kita, mereka memuji dan menyokong perjuangan kita. Di belakang, mereka menikam dan memburukkan kita. Mereka (ahli parlimen DAP) ialah racist yang paling racist pernah saya jumpa. Sangat teruk dan sangat jahat. Melihat muka racist DAP membuatkan saya jadi menyampah dan tawar ahti. Ya, ada yang baik dalam DAP. sayangnya yang baik itu, bukanlah berjawatan tinggi dalam parti. Begitu juga seperti PKR.  Yang baik itulah selalu ditindas dan dianak-tirikan. Yang baik itulah yang akhirnya akan kecewa dan memendam rasa. Dan yang baik itulah yang saya selalu harap-harapkan mampu membawa malaysia ke arah satu perubahan yang positif. Apa pun, bersama DAP saya sudah tiada ahti dan naluri. Saya terpaksa cakap, saya menjadi sangsi dengan perjuangan DAP. Sama seperti saya sangsi dengan perjuangan PKR kini.


Artikel asal tentang isu ini


Ameno : Benih yang baik, tidak memerlukan tapak. Tetapi tapak takan berhasil menjadi tanaman jika tidak mempunyai benih yang baik. 

3 ulasan

Anonymous berkata...

PKR....bile nk dedahkn kaitan parti ni ngn freemasons and illumination???xkn xde kot...lmbg2 PKR ad unsur2 freemasons and illumination jeee...knp ek???OPS!

Anonymous berkata...

bro Anon kat atas...btw, freemason ni kat mana2 pertubuhan, organisasi atau kerajaan dia mmg dah menyusup masuk...cuma kite x sedar je...

kat Putrajaya nun byk dah berlambak simbol2 freemason...cthnye bangunan PICC tu, kalo tgk dr atas, mmg jelas sebijik mata, iaitu simbol All Seing Eye, salah satu simbol freemason...KLCC tu pon salah satu simbol gak iaitu 2 tiang menegak...benda2 ni maybe pemimpin2 samada kerajaan atau parti2 pembangkang x perasan...samalah jugak dgn lambang PKR tu...so x perlu lah kite nk tuduh pemimpin2 samada kerajaan atau pembangkang ni adalah ahli2 freemason...freemason ni mmg pndai nak menyelinap setiap organisasi dan menyebarkan hidden sign dorang ni...

AmenoWorld berkata...

La apa kena mengena ngan freemason dalam topik neh? woit anom kalau berani tinggal nama la, sket2 guna anom.. aku nak nyebut pun payah.. dasar puak umno mmg lebey penakut sedangkan mereka dipihak kerajaan bukan senang2 nak dipenjarakan cam aku.. hahahahhaah