t>

Breaking News

Kronologi Siasatan Dan Pendakwaan Kes Dai' Syed Ikmal.

KRONOLOGI | Semua ini bermula di Twitter apabila ciapan @ainunnnajwa menjadi viral di sosial media.

2. @ainunnnajwa menulis di Twitternya pada 23 November 2020 seperti berikut;

3. Dan turut menyebarkan beberapa tangkap layar pengakuan mangsa, antaranya seperti berikut;

4. Oleh kerana akaun Twitter tersebut memetik nama Dai' Syed dan beberapa gambar tangkap layar juga menyebut nama Dai' Syed maka Dai' Syed kemudiannya dipersoalkan netizens.

5. Bagaimanapun bukan semua netizens mempersoalkan Dai' Syed Iqmal (Syed selepas ini). Tak kurang ramai juga mempercayai pendakwah tersebut. Beliau dianggap sebagai pendakwah yang cool, santai, handsome dan moden dikalangan para peminatnya. Disebabkan itu, beberapa kecaman dilakukan terhadap pihak yang menyebarkan gambar tangkap layar tersebut dan mereka yang didakwa sebagai mangsa juga didesak untuk membuat laporan polis (kerana penyokong Syed beranggapan pendakwah itu difitnah bagi mencemarkan maruahnya).

6. Perkara ini kemudiannya trending di Facebook dan diperkatakan netizens. Ia turut dilaporkan oleh beberapa portal tempatan.

7. Syed kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi menafikan kesemua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

8. Pada 24 November, Syed membuat laporan polis dan menyiarkan ia di Twitter dan Instagram miliknya, dengan kapsyen "Salam, maaf, tiada apa-apa komen dari saya," tulisnya.


9. Pada hari yang sama, pada jam 7.07 malam, bapa kepada Syed, Seif Jamalullail membuat kenyataan menerusi Facebooknya. Kenyataan itu membayangkan sememangnya terdapat beberapa pihak yang tampil mengadu kepadanya mengenai tingkahlaku Syed. Bapa Syed juga meminta anaknya itu meninggalkan dunia hiburan dan kembali ke pangkal jalan.

Berikut kenyataan bapanya;

Sumber

10. Kenyataan dari bapa Syed itu kemudiannya menguatkan lagi sangkaan bahawa lelaki tersebut sememangnya melakukan perkara salah sepertimana yang tular di laman sosial ketika itu.

11. Syed kemudiannya menjawab semua tuduhan-tuduhan tersebut menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi Instagramnya pada 25 November 2020.

12. Berikut kenyataan tersebut;

13. Dalam kenyataan itu, Syed meminta semua pengguna sosmed memadamkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah terhadapnya atau berdepan dengan risiko saman. Peguamnya sedang mengumpulkan bukti (ketika itu).

"Saya dengan ini menutut supaya pengguna akaun Twitter yang berkenaan untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera.

"Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Permohanan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitnah ke atas saya disebarkan.

"Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter yang berkenaan, akan saya terima sebagai pelawaan bagi saya memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka,"
katanya.

14. Syed juga menjelaskan hubungan beliau dan bapanya renggang disebabkan bapanya tak bersetuju beliau memilih untuk memasuki program Dai. Hubungan mereka keruh seawal tahun 2016 dan pada tahun 2017, ayahnya telah ke Cairo, Mesir, selepas meninggalkan ibunya.

15. Pada 26 November, malamnya, beberapa portal berita dan netizens mula melaporkan pendakwah selebriti itu telah ditahan polis selepas menerima satu laporan (rogol) yang pertama. Syed ditahan selepas hadir untuk membantu siasatan (dipanggil beri keterangan).

16. Sehingga 1 Disember 2020, polis mengesahkan telah menerima
tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

17. Pada 3 Disember, 5 lagi laporan polis dibuat ke atas pendakwah berkenaan. Menurut polis, satu kes dianggap NFA - tiada tindakan lanjut memandangkan tiada unsur salah laku gangguan seksual dibuat terhadap pelapor. Setakat 10 Disember, dilaporkan ada 9 laporan polis yang dibuat ke atas pendakwah itu.

18. Kesemua laporan polis itu dibuat di;

- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

19. Mengenai mangsa, ini kenyataan polis;

- Kesemua mangsa berada dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun.

- Golongan itu dipercayai mudah tertarik dengan pendakwah tersebut kerana cara berkomunikasinya.

- Mangsa mungkin lebih tertarik kepada pendakwah tersebut atas kedudukannya sebagai individu yang ketika bercakap lebih menjurus kepada keagamaan selain caranya juga meyakinkan. 

- Pihak polis juga mengesa mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa tampil membuat laporan.

19. Syed juga telah ditahan reman sebanyak 2 kali, dan kedua-dua tahanan reman itu dilanjutkan oleh Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya.

20. Dalam pada itu, Hafiz Hamidun turut tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang terpalit ke atas Syed Iqmal. 

21. Menurut Hafiz, beliau bersimpati dengan apa yang menimpa Syed Iqmal dan ada memberikan nasihat sebelum pendakwah itu ditahan polis.

22. Ini apa yang ditulis Hafiz di Instagramnya;

"Malam sebelum dia ditahan, kami ada berjumpa di kedai makan kerana pejabat saya berdekatan dengan rumahnya di Damansara Perdana dan saya sekadar mendengar isunya yang dah tular di laman sosial. 

Tapi saya tak tahu nak nasihat macam mana, saya beri dia contact peguam dan rujuklah kepada yang lebih pakar apa yang patut dia lakukan... cuma saya ada beritahu Syed dia kena hadapi ini secara mental dan fizikal.

Syed kena belajar daripada pengalaman ini sebab tak ada orang yang lalui benda ini, dia sendiri lalui situasi ini dan perlu berdepan ujian ini sendiri," katanya, memetik laporan Mstar.

23. Syed didakwa pada 10 Disember 2020.

24. Berikut pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau;

Pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

- Syed Shah, 25, didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah kondominium di Damansara Perdana, di Petaling Jaya, antara kira-kira jam 3 pagi hingga kira-kira jam 4 pagi pada 17 Oktober lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

- Syed Shah didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan seseorang terhadap wanita sama, juga pada waktu dan lokasi yang sama dengan pertuduhan pertama. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pertuduhan ketiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

- Syed Syah didakwa telah merogol seorang wanita berumur 23 tahun di sebuah bilik di Shah Alam pada 11 September tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

25. Syed mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

26. Syed kemudiannya dibenarkan ikat jamin untuk pertuduhan pertama sebanyak RM20,000 serta beberapa syarat tambahan, antaranya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Passport Syed juga ditahan.

27. Bagi pertuduhan kedua, Syed dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes.

28. Bagi pertuduhan ketiga, Syed dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan tidak menghubungi atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes dibicarakan dan harus melaporkan diri ke balai polis berdekatan mulai 1 Januari 2021 di Balai Polis Kota Kemuning.

29. Pendakwaraya bagi kes pertama, kedua dan ketiga tidak membenarkan sebarang ikat jamin. Kemudiannya mereka memohon agar dikenakan ikat jamin yang tinggi selepas peguam Syed Syah merayu agar diberikan ikat jamin.

30. Hujah pendakwaraya;

- Kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

- Tertuduh dikhuatiri akan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

- "OKT (orang kena tuduh) mengenali dan mempunyai 'contact' mangsa, yang mana dia boleh menghubungi mangsa pada bila-bila masa.

"Dan ini mendatangkan risiko gangguan pelbagai bentuk kepada mangsa serta saksi pendakwaan lain daripada segi keselamatan dan emosi, yang boleh mengganggu kualiti keterangan dan kelancaran di mahkamah kelak.

"Mahkamah juga perlu melihat kemungkinan OKT melakukan kesalahan sama atau kesalahan lain pada masa akan datang," kata Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian yang mewakili pertuduhan ketiga.

- Sekiranya ikat jamin diberikan, timbalan pendakwa raya meminta agar jumlah ditetapkan pada kadar RM100,000 serta surat pengakuan untuk tidak menggangu mangsa.

- Bagi pertuduhan pertama dan kedua, pendakwaraya meminta dikenakan ikat jamin RM100,000 namun selepas Mahkamah mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, jumlah wang ikat jamin dikurangkan.

26. Peguambela Syed berhujah dalam ketiga-ketiga pertuduhan seperti berikut;

- Anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan meminta hakim menetapkan ikat jamin minimum, susulan keadaan kewangan anak guamnya yang telah terjejas.

"Berhubung OKT mempunyai maklumat mangsa, ia belum boleh dijadikan keterangan dan berdasarkan andaian semata-mata. Selain itu, kedua-dua telefon bimbit OKT juga sudah dirampas, jadi isu itu tidak relevan untuk dibangkitkan.

"Selain itu, penjamin yang dicadangkan ialah pengurus OKT yang tinggal berdekatan OKT, jadi penjamin boleh memastikan kehadiran OKT pada bila-bila masa.

"Mengenai kepentingan awam, jika OKT melakukan perkara yang membahayakan, sesiapa saja boleh membuat laporan baharu dan ini adalah perkara terakhir yang dimahukan mangsa,"
katanya.

- Meminta hakim mengurangkan jumlah itu atas sebab tertuduh menanggung keluarganya sejak 2017 dan kedudukan kewangan yang terjejas lebih kurang empat bulan yang lalu akibat wabak Covid-19.

- Tiada risiko untuk anak guamnya melarikan kerana dia adalah figura awam yang dikenali dan memberi kerjasama yang baik kepada polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan, malah memandu arah polis ke kediamannya di Damansara Perdana bagi membantu siasatan untuk tujuan forensik.

- Anak guamnya juga perlu menyara ibu serta abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas mengalami kemalangan.

31. Menurut laporan Malaysiakini, Syed Iqmal menitiskan airmatanya selepas pengurusnya gagal membayar wang ikat jamin sebanyak RM35,000 mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pada hari (Khamis : 10 Disember 2020) tersebut, kaunter pembayaran ikat jamin hanya dibuka setakat jam 5.00 petang.

32. Ini menyebabkan selebriti itu perlu ditahan tiga hari lagi di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang, Selangor.

33. Ketika Da'i Syed sedang berada di mahkamah, dilihat tiada wakil keluarga Syed yang hadir sehingga menjadi tanda tanya para wartawan.

Bagaimanapun pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar berkata, ahli keluarga pendakwah itu sentiasa mendoakan yang terbaik biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah.

“Setakat ni saya memang selalu berhubung dengan abang dan Ibu kepada Da'i Syed, walaupun mereka tidak dapat hadir sepanjang proses ini berjalan namun mereka masih memberi sokongan sepenuhnya kepada Syed.

“Walaupun baru offically manage Syed, saya tanamkan dalam diri saya yang mana Syed memerlukan kawan-kawan sekelilingnya untuk support dia pada ketika ini.

“Walupun ramai netizen yang mengecam tapi alhamdulillah kesihatan Syed masih dalam keadaan baik, dia pun kuat semangat dan kami mohon doa orang ramai agar pihak kami kuat hadapi dugaan ini, ”
katanya.

Rujukan;

https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/12/03/polis-terima-5-lagi-laporan-mulut-manis-pandai-cakap-hal-agama-antara-penyebab-gadis-masuk-perangkap-da039i-syed

https://www.sinarharian.com.my/article/114180/BERITA/Semasa/Dai-Syed-tak-mengaku-cabul-seks-luar-tabii-terhadap-penuntut-kolej-swasta

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/651819/dai-syed-didakwa-merogol

https://www.malaysiakini.com/hiburan/554648 

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/01/dai-syed-jumpa-hafiz-hamidun-sebelum-ditangkap-sempat-beri-nasihat-dan-contact-peguam---dia-tunduk-dan-faham

https://www.mstar.com.my/video/2020/12/11/ibu-abang-dai-syed-sentiasa-ada-beri-sokongan---ketika-ini-dia-sangat-perlukan-moral-support

https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/12/10/selepas-13-hari-di-lokap-dai-syed-terpaksa-bermalam-di-pusat-tahan-ikat-jamin-rm35000-tak-sempat-nak-bayar