t>

Breaking News

Fakta : Telur tiruan wujud atau tidak?


Minggu lepas kita dikecohkan dengan pendedahan CAP mengenai kewujudan telur tiruan. Dan minggu ini kementerian kesihatan mengatakan bahawa telur yang dilaporkan tiruan tersebut adalah tulen. Jadi adakah ini bermaksud bahawa telur tiruan tidak wujud? Atau adakah berita melaporkan perkara yang palsu? Atau adakah CAP sengaja memperbesar-besarkan isu? 

Ini info yang aku dapat hasil research google dan info pembaca nayang siang pau. Entah betul entah tidak ejaan aku pasal nama paper tue. Kan paper bahasa cina mana aku tahu ejaan tepat. Member cina aku terangkan kepada aku apa yang tertulis dalam paper tue je. Aku tulis balik kat korang. Sekadar info bersama.

Fakta telur tiruan.

1. Telur ini memang wujud tapi bukan meluas. 

2. Kos pembuatan/operasi tinggi. Kos untuk membuat telur tiruan ini sangat tinggi. Bukan 0.02sen seperti yang dilaporkan dalam surat akhbar media arus perdana sebelum ini. Kalaupun se-unit telur tiruan berkos 0.02sen, ia perlukan pengeluaran secara besar-besaran. Tetapi tiada syarikat yang mengeluarkan telur tiruan secara besar-besaran di china. Hasil kajian para peniaga malaysia yang berkunjung ke china minggu lepas untuk membeli telur tiruan bagi membuat kajian saintifik tidak berhasil kerana rata-rata pemborong china tidak mengetahui kewujudan telur tiruan. 

3. Kenapa telur tiruan ini wujud? Faktor sebenarnya tidak dapat dikenalpasti. Tetapi beberapa andaian yang wujud ialah ;

- telur tiruan adalah bahan kajian manusia yang kreatif. Mereka cuba mencipta telur tiruan sebagai bahan alternatif kepada telur ayam tulen bagi menerokai bidang baru dan menampung keperluan dunia.

- mengaut keuntungan ekpress. Telur ini pernah dijual di pasaran korea. Harga makanan korea sangat mahal. Nilai matawang korea bagi china berbaloi untuk peniaga china [segilintir] melakukan aktiviti penipuan. Tetapi aktiviti ini terhenti setelah pihak berkuasa korea mengenalpasti kewujudan telur tiruan di pasaran tempatan mereka. Tempoh penjualan telur tiruan di korea adalah sangat sekejap kerana rupa telur tiruan ini sangat-sangat tak menyerupai telur ayam original. [berita ini diperolehi menerusi blog, terserah individu untuk mempercayai ataupun sebaliknya]

- Spekulasi amerika untuk memburukkan china selaku pesaing terbesar dan terkuat mereka di pasaran ekonomi antarabangsa.

4. Kulit telur tiruan sukar dibuat. Perbezaan sangat ketara boleh dilihat antara telur tiruan dan original. Ini menyebabkan pengguna cepat perasan jika telur yang mereka beli itu adalah tiruan.

5. Telur tiruan tidak pernah masuk ke pasaran malaysia sebab menerusi rekod perdagangan malaysia-china, malaysia tidak import telur dari china ataupun mana-mana negara kerana keperluan telur tempatan untuk rakyat malaysia mencukupi. Tapi kalau makanan lain tue memang ada. Dan patut dipertimbangkan semula. Banyak makanan dari china seperti gula2 mereka patut diharamkan dari masuk ke malaysia. 

6. Media malaysia tidak menipu dalam isu ini. Apa yang mereka laporkan mengenai telur tiruan itu memang benar. Apa yang dilaporkan oleh media semalam mengenai ketulenan telur ialah berdasarkan kepada kajian kementerian kesihatan malaysia iaitu ;

- Keputusan makmal [dna] telur yang dirampas dari beberapa buah kedai di pulau pinang minggu lepas mengesahkan bahawa telur2 tersebut ialah tulen.

- Protein yang terkandung di dalam telur tulen dan telur yang dikatakan tiruan itu adalah sama.

- Telur yang dirampas minggu lepas ialah telur bergred rendah akibat pemakanan ayam yang kurang berkualiti. Bila ayam makan makanan murah, maka telur dia juga berkualiti rendah. Bila ayam makan ikan yang ada omega, maka dia boleh menghasilkan telur omega. Heh. [Buat lawak sket]

- Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, maka ujian kimia kali kedua akan dilakukan.

- KMM telah menjelajah satu malaysia untuk mencari telur tiruan tetapi sehingga kini belum berhasil menemukan telur tiruan.

- Semua peniaga telur diwajibkan berdaftar dengan kerajaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini dan mencegah sebarang aktiviti kemasukkan telur tiruan di pasaran malaysia.

Dalam erti kata lain, bila media keluar laporan bahawa tiada kewujudan telur tiruan itu bermaksud mereka melaporkan apa yang KMM cakap. KMM juga tidak menipu dalam soal ini. KMM bukan cakap telur tiruan tak wujud. KMM cuma cakap telur yang dirampas minggu lepas bukan telur tiruan.Oleh itu jangan salahkan media membuta tuli dalam isu ini.

Laporan CAP berhubung telur tiruan ialah hasil daripada runggutan beberapa pengguna. Dipercayai peniaga menjual telur bergred rendah pada harga telur yang bergred tinggi. Ini menimbulkan ketidakpuasan ahti dan mereka bertindak melaporkan kepada CAP sebelum CAP melaporkan kepada pihak yang berkenaan untuk di ambil tindakan.

Dalam isu telur tiruan neh tiada pihak yang bersalah ataupun betul. Kita cuma lapor berdasarkan kepada situasi semasa. 

Apa pun fakta penting yang anda semua mesti tahu ialah ;

1. telur tiruan wujud tetapi tak mampu menyaingi ciptaan Allah swt yg maha esa.

2. Komposisi telur tiruan buat masa kini ialah hasil bahan kimia yang boleh merosakkan sel2 badan manusia. Oleh itu kewujudan telur tiruan ini tidak berbaloi dan tidak akan disahkan di mana2 negara.

3. Semua manusia mampu membezakan telur tiruan dan tulen dengan mudah kerana sehebat2 manusia itu pandai mencipta, mereka takan mampu mereka seperti ciptaan Allah swt. 

4. Kos pembuatan telur tiruan tinggi dan ia merugikan para peniaga jika meneruskan usaha/penerokaan ini.  Padahal harga telur original adalah murah dan operasinya senang.

Sozcyili : Beras tiruan apa cerita pula? Wujud ke tak?

11 ulasan

VAiRES berkata...

bb kt pulau pinang kot..tu pasal meroyan tak tentu pasal..hekhekhek
http://www.facebook.com/GenuineKasperskyMurah

Unknown berkata...

2la..kalut sangat..bahaya ni..tak pasal jabatan yang merampas telur tu kena saman nanti...

Malaysiakini Kena Hacked??

::Budak Degil:: berkata...

ok sekarang dah boleh makan telor la eh??...hahahaha


btw, mintak izin nak copy entry ni boleh?..hehehe

Ms.ze berkata...

thanx 4 de info @

Tanpa Nama berkata...

nasib baik takde..
kalau tak, tak tahu lah apa side effect nanti.

Acap Razak berkata...

Telur tiruan memang ade tapi dapat dikawal oleh pihak berkuasa pengeluarannya..harap2 jgnlah mendajal orang..berdosa BESAR!!

Unknown berkata...

oleh tu..tak payah terlalu takut nak beli telur kat pasaran malaysia ni. ngehh..

Tanpa Nama berkata...

Jadi memang betul la apa yang aku dengar member aku cakap kat dalam studio?

"Telur tiruan takde dalam Malaysia, its just telur yg bergred rendah2 dijual mahal."

Macam tuh?!

Lucid Ikemal berkata...

oh. saya tak tahu yang mana teur saya yang tulen. LOL

Ceritera Terbaru

Mari Undi Header Blog Pilihan Malaysia sekarang

Hafizuddin Jasmi berkata...

mohon copy paste eh..

kalau tak boleh nnt bgtau ye :)

sy delete balik.

Ismi Azraf berkata...

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani


Cv dvd cetakrompak
Telor cetakrompak
Kopiah cetakrompak pun ada.