t>

Breaking News

Bapak bersekedudukan dengan anak sampai melahirkan 3 anak.

KOTA BHARU - Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak. 

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam. 

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman. 

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya. 

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur. 

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya. 

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang. 

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun. 

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan. -SH-


Korang tak rasa ke apa yang aku rasa? Hukuman yang dikenakan terhadap mereka sangat ringan dan macam tak mencabar langsung. Kalau inilah hukuman nya janganlah harap mereka nak rasa takut ke segala bagai. Rm2,000 je pun? Alahaii .. padahal kes neh kes berat sebab sumbang mahram. Patutnya hukuman pun hukuman berat. Bukan nya tak sengaja. Di sengajakan lagi tue. Siap ada 3 anak lagi tue. Apa lah perasan anak2 bila tahu bapak dorang tue bapak mak dorang gak? Hishh.. sadis dowh.

Sozcyili : Sumpah sedih baca kes macam neh. Bila agama diabaikan..

Tiada ulasan