t>

Breaking News

Berubat, Makan Cicak Gecko/Tokek Adalah Haram

PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-95 yang bersidang pada Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek atau gecko adalah haram.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, dalam satu kenyataan menerusi laman web jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, ini kerana muzakarah berpandangan bahawa tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan beracun.
Berikutan itu, masyarakat Islam di Malaysia diminta tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Malah, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak tokek mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit tertentu.
Keputusan fatwa berkenaan dicapai pada muzakarah yang diadakan pada 16 hingga 18 Jun lalu. -BH-

Walaupun lambat tetapi mereka keluarkan juga fatwa berhubung isu neh. Tapi macam biasa lah fatwa hanya kekal fatwa. Samada makan ke tak makan ke bukan ada apa2. Macam tue juga dengan fatwa rokok. Hanya menjadi keputusan atas kertas tetapi samada nak memperkasakan nya dalam bentuk undang2 ke atau apa, tiada siapa yang peduli.

Walaupun dah banyak kali diperjelaskan bahawa isu moral + akidah umat islam memang perlu ada penguatkuasaan tetapi di negara ini, pemimpin kita tidak peduli. Bagi mereka isu akidah ialah isu yang kecil. Akidah yang baik akan menghasilkan suasana dan persekitaran hidup yang aman dan baik. Kalau tang akidah pun dah fail macam mana nak bentuk persekitaran hidup yang selamat? Fikir2kanlah.

Sozcyili : Haram makan, bukan haram jual. Heh.

 [ADS] Khusus untuk perempuan je, lelaki jangan klik ==> Adakah VZONE anda selamat?

Tiada ulasan