t>

Breaking News

Hadi: Hasan Ali akan kekal Exco, isu gereja masalah negeri

Nampaknya umpan parti disebelah sana yang melaga2kan hasan ali dengan pimpinan pas pusat tidak berjaya. Alhamdulillah kebanyakkan pemimpin pas, pkr dan dap tidak melatah dalam isu neh. Meskipun ada di antara mereka yang melatah dan menyalahkan JAIS membabi buta tapi still ia di kelompok yang minoriti.

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”

“Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

“Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. -TMI-

Sozcyili : JAIS perlu hadapi kecaman dari orang islam juga... bahaya tue..

Tiada ulasan