t>

Breaking News

MCA mempersoalkan JAKIM dan kecelaruan dalam isu Golden Churn Butter

MCA seolah-olah cuba mempertikaikan tanggungjawab umat islam dalam soal haram dan halal satu2 product makanan. Cara MCA mempertikaikan peranan JAKIM seolah2 sebagai cubaan memperlecehkan tugas JAKIM dalam memberikan penerangan soal halal dan haram makanan di malaysia. Sedangkan memang umat islam bertanggungjawab mencari yang halal dalam soal makanan. Ini kewajipan. Kenapa MCA mempersoalkan isu neh pula? MCA suka kita umat islam makan babi?

Ataupun MCA marah bila product2 berlabel babi didedahkan kepada umum? Sebab ada kaitan ka? Pemilik syarikat ka? JAKIM kini semakin ber-revolusi. Kalau dulu cukup sukar nak tengok JAKIM buat kerja tapi sekarang hampir tiap2 bulan product berdna-babi didedahkan kepada umum meskipun masih banyak lagi yang harus diperbaiki dalam JAKIM terutamanya soal kepimpinan dan karenah biokrasi dalam jakim.

Sikap JAKIM yang tidak mendedahkan nama2 product berdna-babi di dalam media arus perdana terutamanya tv3 sememangnya amat dikesali tetapi mungkin kita patut memberikan masa dan peluang kepada JAKIM agar dia berubah. Boleh jadi JAKIM terpaksa tunduk ke atas tekanan sesuatu yang kita tidak tahu disini.

Namun jawapan JAKIM mengenai isu butter berdna-babi neh agak mengecewakan aku. Tak timbul soal pengimport ka apa ka dalam isu butter berdna-babi neh. Isu nya ia diproses di kilang mana? Kalau dah kilang tue proses butter babi maka tetaplah ada babi dalam butter tue. Boleh pula bulan a proses ada babi, bulan b proses takde babi, bulan c proses ada babi balik, bulan d proses takde babi.. so ? 

Takan alasan pengilangan dan bulan berbeza2 ialah alasan konkrit jakim? Batalkan aje keputusan bahawa butter neh halal. Isu nya mudah. Ia diproses di kilang yang sama menggunakan alatan yang sama tak kisahlah walaupun dna babi tue skip2 bulan. Yang penting ada babi ttp ada babi beb.

Macam mana pula kat sarawak je boleh haram? Senang cakap lebih baik haramkan product neh daripada digunakan oleh umat islam malaysia tak kira negeri. Lagipun boleh ke jakim memberikan jaminan bahawa product neh bebas memang babi di area semenanjung? Boleh jamin bahawa pengilang guna bahan lain + alatan lain = proses butter? Baca bawah ;
Semua sampel produk yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihantar untuk tujuan analisis ke Jabatan Kimia Malaysia yang sudah mendapat akreditasi bagi skop pengujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ketua Pengarah JAKIM, Osman Mustapha, berkata dalam melaksanakan ujian bagi sesuatu produk oleh sesebuah makmal, faktor seperti kaedah pengujian, tahap pengesanan, peralatan yang digunakan, juru analisis dan akreditasi terhadap skop pengujian, memainkan peranan yang penting dan pada masa sama mempengaruhi keputusan ujian.

"Berdasarkan faktor ini, JAKIM sehingga kini hanya bergantung kepada keputusan analisis Jabatan Kimia sebagaimana juga yang diamalkan jabatan kerajaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya dalam satu kenyataan berikutan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, semalam yang mendakwa JAKIM bersikap keterlaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal.

Chua juga bertanya mengenai standard yang ditetapkan JAKIM, sama ada ia diterima di peringkat antarabangsa atau sebaliknya. Osman berkata, dalam pelaksanaan sijil halal, pengambilan sampel produk atau bahan ramuan untuk diuji didasarkan kepada dua faktor iaitu berasaskan keraguan atau aduan mengenai sesuatu produk atau bahan ramuan.
Katanya, keraguan yang dimaksudkan adalah seperti penemuan positif DNA babi dalam sesuatu produk yang tidak diiktiraf, produk yang seumpamanya juga akan diuji secara rawak bagi mengelakkan keraguan dalam pemberian sijil halal.
Osman juga menjelaskan bahawa isu kekeliruan terhadap perbezaan status halal produk Golden Churn Butter antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak tidak timbul kerana ujian yang dilakukan membabitkan sampel dari pengimport berbeza.

Beliau berkata, dalam melaksanakan ujian kandungan DNA babi dalam sesuatu produk, beberapa faktor perlu diambil kira seperti nombor kelompok keluaran produk yang diambil, pembungkusan, tempat pengambilan sampel dan faktor lain yang mungkin berlaku semasa pengeluaran produk berkenaan dikilangkan.
"Pada masa itu faktor kemungkinan berlaku kontaminasi di peringkat tertentu juga perlu diambil kira. "JAKIM ingin memaklumkan bahawa kedua-dua sampel yang diambil oleh JAKIM dan JAIS diambil daripada nombor kelompok dan pembungkusan yang berbeza termasuk perbezaan pengimport dan tempat pengambilan sampel," katanya.
Katanya, walaupun terdapat dua pandangan yang berbeza, JAKIM tidak menyanggahi penemuan DNA babi dalam sampel produk berkenaan yang diambil oleh JAIS kerana faktor yang sudah dinyatakan dan umat Islam di Sarawak wajar mematuhi keputusan yang dibuat oleh JAIS. - Bernama

Sozcyili : kecewa..

Tiada ulasan