t>

Breaking News

Anak luar nikah boleh di bin dan di bintikan dengan nama bapa sekarang yer?



Isu yang dibangkitkan ialah berhubung bin dan binti kepada anak tidak sah taraf [anak di luar pernikahan]. Kisah nya begini ;

1. kerajaan negeri terengganu bercadang untuk memberikan bin ataupun binti anak2 yang tidak sah taraf [ di luar pernikahan]  kepada bapa mereka.

2. Nama bapa mereka juga dicadangkan dicatatkan di dalam kad pengenalan mereka bagi mengelak budak2 neh menanggung rasa malu dan tekanan emosi terutamanya apabila mereka mula bersekolah.

3. Tetapi ia juga akan diikuti dengan kod rujukan seperti seksyen 13 supaya mereka [anak2 tidak sah taraf] neh boleh dikenalpasti terutamanya kaum wanita apabila ia membabitkan urusan pernikahan kelak.

4. Disebabkan memikirkan ia ada kesan positif, maka jpn telah bersetuju untuk meminda beberapa perkara di dalam pentadbiran mereka dan mengubah beberapa akta di dalam parlimen bagi menguatkuasakan cadangan tersebut.

Namun cadangan neh telah ditentang kerana ia akan mencemar kesucian islam.  Sila baca bawah neh ;

Persatuan Peguam Syarie Malaysia membantah cadangan kerajaan Terengganu membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa kerana membawa impak negatif dalam sosiologi masyarakat dan mencemar kesucian Islam.


Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata tindakan sedemikian berlawanan dengan hukum syarak kerana tercatat dalam undang-undang Enakmen Keluarga Islam anak tidak sah taraf hanya boleh dinasabkan kepada ibunya saja.

Masyarakat akan sewenang-wenangnya melakukan zina dan maksiat bermaharajalela kerana tiada kekangan sekali gus menggalakkan peningkatan bilangan anak luar nikah. Dari segi hukum, taraf berkenaan memberi kesan apabila melangsungkan perkahwinan kerana anak luar nikah tidak boleh berwalikan bapanya.

Ada sebab Allah tetapkan hukumnya. Mungkin menyenangkan dari aspek menyekolahkan anak dan menutup aib anak, namun hukum syarak tidak melihat pada individu sebaliknya keseluruhannya. Jika mahu dilaksanakan, seragamkan ia di seluruh negara, katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.

Laporan baru-baru ini menyebut hasrat Terengganu mencadangkan mekanisme bagi membolehkan nama anak tidak sah taraf, iaitu anak dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa berusia enam bulan dan kurang, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa.

Difahamkan, ia tidak membabitkan pindaan akta Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1960 bagi membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan nama ayah, sebaliknya hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Awal, berkata cadangan mendaftarkan sijil kelahiran anak tidak sah taraf dengan bin atau binti bapa hanya akan menambah tekanan emosi kanak-kanak kerana ia umpama mendedahkan perkara berkenaan kepada umum secara terbuka.

Katanya, cadangan kerajaan Terengganu itu bukan jawapan tepat dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi anak tidak sah taraf, sebaliknya perlu mempertingkatkan kesedaran orang ramai bahawa anak tidak sah taraf itu tidak berdosa.

Beliau berkata, status anak tidak sah taraf sepatutnya hanya perlu diketahui oleh ibu bapa, anak dan pejabat agama saja kerana perkara berkenaan hanya akan berbangkit apabila anak berkenaan ingin bernikah atau menjadi wali kepada saudara perempuannya sekiranya bapa yang sepatutnya menjadi wali meninggal dunia - Berita Harian Online


Sejujurnya aku rasa pandangan majlis peguam syarie lebih tepat. Baca betul2 hujah mereka. Yang sebenarnya rasa malu itu wajib ke atas umat islam. Tanpa rasa malu larh maka kita dengan mudah akan terjerumus ke lembah maksiat. 

Tindakan kerajaan negeri terengganu neh dilihat cuba membuang rasa malu di kalangan masyarakat. Lagipun masyarakat sekarang semakin cerdik. Mereka faham sangat perbezaan dosa anak luar nikah dan dosa ibu bapa yang melahirkan budak luar nikah. Jadi tak perlu larh kot cadangan kerajaan negeri terengganu neh dilaksanakan. Mungkin ada ulama akan mengutarakan pandangan berhubung isu neh kelak. Sama2 kita nantikan. 

Sozcyili : nak lindung tapi nak buat code anak luar nikah.. nak lindung ka nak dedah?