t>

Breaking News

Murid Tahun 1,2 curi masuk 26 kediaman



Dasat gila. Budak umur 7 dan 8 tahun pun dah pandai mencuri sekarang neh. Bukan mencuri kat rumah sendiri ataupun mencuri kat sekolah tapi pecah masuk ke dalam rumah orang ketika orang tersebut pergi kerja ataupun tiada dalam rumah. Budak2 tersebut kira dah cipta rekod kanak2 mencuri terbanyak di malaysia. Sebab setakat neh depa dah mencuri masuk ke 26 buah rumah. 

Peh.

Tatau nak respect ka apa.

Baca bawah ;


PUTRAJAYA: Umur mereka masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun, selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu. 
Antara barang berharga yang dilaporkan dicuri termasuk wang tunai RM350 dan seunit telefon bimbit Sony Ericson, cakera padat (CD) dan pelbagai barangan lain.

Siasatan polis mendapati mereka juga menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan pemilik dalam kasut di luar rumah untuk memasuki rumah mangsa dan mencuri. Pemilik rumah dipercayai meninggalkan kunci dalam kasut bagi memudahkan anak mereka memasuki kediaman lebih awal daripada waktu pejabat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata dua murid sebuah sekolah di sini itu ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang kakitangan kerajaan rumahnya di Blok D, Fasa 4C, di Presint 8, dimasuki pencuri, Khamis lalu.

“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya semalam.

Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek.

Katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.

“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.

Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak. -BH


Lainkali jangan letak kunci di luar rumah. Kan dah kena pecah masuk. Memandangkan taktik neh dah dibongkar oleh polis, jangan2 selepas neh penjenayah dewasa plak akan cuba mencari2 kunci di tempat2 tersebut. Mana larh tahu kan. Kot2 ada yang meniru skill budak2 7 dan 8 tahun neh pula. So be careful. Jangan letak kunci anda di luar rumah.


Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.

Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.

"Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.

"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.

Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.

Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.

Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA

Sozcyili : Berani tapi dengan cara salah.