t>

Breaking News

Mufti Arab Saudi Menangis teresak-esak..



"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Rasanya sesiapa yang diajukan seperti soklan di atas pasti akan merasa sedih dan sayu kan? Ketika membaca berita mengenai mufti arab saudi yang menangis teresak2, aku pun rasa sebak tak pasal2. Aihh.. rasanya belum cukup kuat, belum cukup sempurna dan belum cukup betul perjuangan kita di muka bumi neh.

Sehingga kita umat islam menaikkan apa yang Rasul Allah pernah perjuangkan, sehingga kita benar2 melaksanakan apa yang Allah swt perintahkan, sehingga kita benar2 memahami apa tujuan dan sebab kita hidup di muka bumi neh, maka sehingga itulah kita akan sentiasa dihimpit kekesalan dan kesayuan mendengar pelbagai masalah dan penderitaan umat islam di seluruh negara.

Dulu2, aku pun macam remaja2 lain gak time muda. Tak pernah fikir pasal masalah orang dan tak pernah sibuk nak faham tuntutan asas sebagai seorang muslim. Tapi sejak berkenalan dan berkawan dengan rakan2 dari pas, konsep kehidupan yang dulu2 aku sangka hanya mengenai duit, pelajaran, makanan, rumah, kahwin, memenuhi kehendak diri dah berubah habis. 

Makna kehidupan bagi aku bukan sekadar itu bahkan lebih luas dan lebih dalam. Dah alang2 jadi seorang muslim, maka jadi lah seorang pejuang. Inilah pandangan aku dan aku berharap ini juga akan menjadi pandangan semua umat islam di seluruh dunia. Jangan lagi hidup demi diri sendiri, mari kita hidup dan mati demi perjuangkan ISLAM.

Sedikit petikan dari rakan blog kelab greenboc kat bawah neh mengenai kisah di atas ;

Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Hati "mukmin" mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.

Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana... nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita...

Ya Allah ... ampunkan dosa kami dan
kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana...

PENDERITAAN RAKYAT SOMALIA