Pemandu Teksi Kuala Lumpur paling teruk di dunia.

Ini carta yang dikeluarkan oleh http://www.londoncabs.co.uk/10-countries-with-the-worst-taxi-drivers/


Macam tak percaya Kuala Lumpur dapat no 1. Akhirnya ada sesuatu yang boleh kita banggakan. Negara kita paling terbaik dan cemerlang dalam menghasilkan pemandu teksi yang langsung tak berhemah.

Wakakaka.

Carta di atas telah meletakkan Kuala Lumpur no 1 sebagai bandaraya yang mempunyai sikap pemandu teksi yang langsung tak reti nak berhemah dan suka menggunakan helah. Dan londoncabs bercakap berdasarkan pengalaman yang dikutip dan dikumpul ketika menghasilkan kajian dan survey.

Ini data bagi kajian tahun ini. Tahun2 akan datang diharapnya kita boleh menjadi yang tercorot ataupun lebih baik terkeluar dari list. Hehehe.

Apa yang menyebabkan kuala lumpur berada di kedudukan pertama?

1. Tidak menggunakan meter. Ini memang confirm. Aku naik teksi beberapa kali juga. Kadang2 meter ada tapi pemandu teksi taknak guna meter pun ada. Perhiasan je kot. Kadang2 meter tue pula macam laju je makan duit. Pendek kata ada je skill nak menipu.

2. Suka mengenakan bayaran yang keterlaluan. Kadang2 memang tak munasabah. Di kl aku tak pasti trick dorang macam mana. Tapi di kampung2 aku tahu. Dorang akan charge lue untuk pergi dan balik. Alasan dorang masa balik takde orang so kena charge macam tue. Gila dowh.

3. Menggunakan laluan lebih jauh supaya mereka dapat bayaran lebih. Hehe. Yang neh aku paling setuju. Sapa tak masak laluan kl memang easily je kena tipu. Kalau lue dah biasa kl, instead of taxi, prefer naik ktm ke apa ke. Jimat pun jimat. Cepat pun cepat. Buang duit + masa je kot naik taxi di kl.  

Dan sudah semestinya data ini bukan merujuk kepada seme pemandu teksi yang wujud di malaysia. Apa yang membuatkan kl mendapat no 1 ialah majoriti melakukan amalan di atas. Dan kekerapan melakukan amalan tersebut juga di ambil kira.  

Harap2 pemandu teksi yang berhemah boleh terus lakukan tugas dengan cemerlang. Yang tak berhemah tue? Ubahlah. Anda memalukan imej kuala lumpur oke. Orang zaman sekarang suka buat kaji selidik dan pamerkan hasil kaji selidik. Kalau taknak dimalukan maka jangan melakukan perkara yang memalukan. Bai. 

Share this :

Previous
Next Post »