Kenyataan dari Wakil UUM mengenai Isu Sharifah Zohra Jabeen.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.
2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.
5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.
INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani
Pendapat aku ;
Sudah2 la tue menegakkan student yesboss dalam forum terbabit. Sebagai seorang student kalau ye pun masih dalam proses belajar mana maruah kamu sehingga membiarkan cik pah memijak2 pemikiran kamu?
Yang aku heran tue siap gelak2. Macam gud2 jek time cik pah balon bhawani kaw2 kat situ kan? Kalau student tue pro bn memang dia akan seronok. Tak dinafikan ada yang tak tepuk tangan.
Ada yang buat muka menyampah. Untuk students macam neh kita salute, at least dia tak memilih untuk bersama2 cik pah bagi memalukan bhawani. At least sesetengah students dalam tue ada pendirian meskipun tak berani nak lawan cik pah.
Tapi untuk mereka yang tepuk tangan dan bersama2 cik pah memalukan bhawani, you memang deserve kena balon sama seperti cik pah. Babai.